Saturday, August 27, 2011

Cerita Aufa

As salam..

Hari ni bz sket sebab baking. Chocolate cake. Dah siap dah. Esok O'on datang, beraya di Kuching. O'on is Mama's cousin. O'on la jaga aku masa aku kecik. Pindah Sibu lepasnya kawen. So today nak post gambar Fafa dengan idongnya yang skress kenak kuku.

Haa.. kan dah injured..
Pagi tadik Abah mandikan Aufa.. 

Jeng jeng.. bebird Aufa nampak!


Friday, August 26, 2011

Today's Love Note For Yayang


Edote's Blue Wedding

Edote a.k.a Dayang Aida Suryani Binti Abang Sakardi is my bestfriend since we were in Primary 4. Huhu.. We shared the same birthday - 25 NOVEMBER 1981. Masa aku kawen, Edote la pengapit aku. Masa Edote kawen, aku sekpat jadi pengapitnya sebab dah ada baby. Hari akad nikah nya pun aku sekpat attend sebab masih dalam pantang. Tok ada la sikit gambar majlis belah rompuan. 

Before that, presenting... Oi lamak sik bertemu... 

Lizek, Minnie & Me

Jemputlah tengok gambar Edote kawen..

Hadrah
Edote & DD
Mum
Sinyummm..

Me & Pengantin



Wednesday, August 24, 2011

Sambungan "Pengalaman Melahirkan Anak Pertama"

Sebelum tengah malam 13 MEI 2011, aku dipasang induce drip. (Tak tau la istilah scientific) Sikit demi sikit aku rasa makin sakit, makin sakit, SUPER SAKIT! Nak tahan dah memang tak boleh tahan, nak diam memang tak boleh nak diam. Sakitnya ALLAH saja yang tahu. Masa tu tak mampu nak baca, ingat apa-apa, cuma terdaya menyebut nama ALLAH. Beberapa kali aku ingatkan doktor untuk panggil suami di luar. Aku nak dia di sisi masa aku bertarung nyawa. Sepanjang masa aku menahan sakit, entah berapa kali kena VE. Mungkin dalam 9 kali aku terseksa. Bukaan asyik 9cm.. tak cecah 10cm pun. 

Masa cubaan untuk meneran, suami ada di sisi. Rasa nak teran tu ada, tapi setiap kali gesaan tu datang, diorang suruh tahan (sebab nak tunggu doktor sampai). Macam mana la nak tahan, bayangkan cam mana kalau kite nak berak tapi terpaksa tahan dan terpaksa carik tandas dulu. Tak ingat la berapa kali cubaan meneran, kepala baby dah nampak, tapi masih tak boleh keluar. Paling aku sakit hati, ada sorang misi tua ni yang asyik tinggikan suara dengan aku. Dia marahkan aku, katanya aku tak pandai teran. Memang la, first time. Aku ingat lagi kata-kata kejam makcik tua tu.. "Kalau dah tak pandai teran sudah, tinggalkan dia, biar dia teran sorang-sorang" Dahla sakit, kena pulak macam ni. Kesian aku. Last-last doktor sampai, masih gak tak boleh teran. Selain bukaan hanya 9cm, rupanya kepala baby pandang ke sisi. Time tu gak aku dengar doktor putuskan aku untuk ceaser. Aku dah hilang perasaan takut dan redha dengan c-sect yang terpaksa aku lalui. Biarlah, aku dah tak berdaya.

Sekali lagi si makcik tua *ranggat (terpaksa mengeluarkan istilah SARAWAK untuk meluahkan perasaan dengan jitu) tinggikan suara. Dia tanya pukul berapa last sekali aku makan semalam. Entah kenapa aku langsung tak boleh nak ingat dan bercakap. Lagi tinggi suara dia, geram sebab aku tak ingat dan tak mau cakap. Masa ni la suami aku BERKATA-KATA. Siap engkau makcik. Eh, tu aku yang cakap ek. "Jangan la kasar sangat, dia kan sakit. Makcik ni dari tadi lagi kasar-kasar" Cam tu la lebih kurang. Tapi aku nak gak translate dalam Bahasa Sarawak. "Iboh la kasar gilak, kitak ya dari tadik gik kasar. Nya sakit bah, first time gik, jangan la manas-manas, kasar" Pastu boleh pulak makcik tu bela diri dia.. "Aku tanya je, mana ada kasar" Makcik, makcik pernah tak rasa kulit muka makcik diparut dengan parut nyio pastu ditabur dengan garam? Hmmmm.. Dahla dia sorang je tekanan. Orang lain rileks je? Hah, macam ni la sikap penjawat awam yang bagi service dengan orang awam yang lain. Tak tau ke kita sama-sama penjawat awam? Cerita pasal makcik ranggat ni je dah buang masa aku. Dipendekkan cerita, makcik tu gak yang tolak aku ke Operation Theatre (OT). Dia pergi cerita pulak dengan staff di OT suami aku kata dia begitu begini. Aku yang tak berdaya hanya mendengar.

Staff di OT semuanya sangat-sangat baik dan mesra. Masa tu aku masih menahan sakit contraction. Bila dah dibius dua kali kat belakang, rasa sakit tu semua hilang... Wahhh heaven... Heaven engkau. Hahah. Honestly sepanjang operation aku dilayan dengan baik. Dari perut ke kaki memang tak rasa apa dah. Tapi boleh rasa la perut dengan organ-organ dalaman ni bergoyang-goyang *digerugak oleh doktor. Haha.. I just love the expression! Tak lama pas tu dengar suara baby menangis. Doktor letak baby kat dada, tak tau nak describe perasaan bila tengok wajah baby, rasa tak caya pun ada. Rasa kagum dengan diri sendiri sebab, memang betul laa aku dah melahirkan anak, memang betul la ada baby.. Aku cium-cium baby. Tapi tak nangis pon. Sahla baby boy. Aku rasa operation tu makan masa sejam. For 6 hours I was not allowed to eat and drink. No moving and no pillow. 

Bila kesan bius habis... ambek engkau, heaven la sangat.. Sakitnya bila bergerak. Segala-galanya sakit. Nak bangun sakit, nak turun dari katil lagi sakit. Sakit tu rasa macam menahan organ-organ dalaman daripada terjatuh. Nak ambik baby dari cot pun susah. Banyak lagi cabaran lepas tu. Aufa disahkan G6PD. Susu badan pulak tak klua. Kesian Aufa asyik nangis, bibir pun kering. Hati rasa macam dihempap gajah bila tengok Aufa nangis tak henti-henti. Yang lain-lain berkenaan susu badan tu tanak la citer. Tak semua orang paham. Aku ditahan di wad 2 hari selepas c-sect.

Dipendekkan lagi cerita, Aufa pun kena tahan kat peadiatric ward for 3 days sebab jaundis (kuning). Tinggal la aku dan Aufa kat situ dengan mama-mama and baby-baby yang lain. Sepanjang masa kat hospital, tak kira la di maternity ward atau peadiatric ward, perasaan tertekan, asyik menghitung hari dan masa tunggu waktu melawat. Bila tamat waktu melawat, rasa sedeh sangat-sangat. Masa tu teserlah pengorbanan suami yang menjadi penunggu setia hospital tak kira masa. Ulang alik bawak makanan dan lain-lain keperluan. Kadang-kadang dia masih berlegar-legar kat kawasan hospital walaupun masa melawat dah tamat, kadang-kadang tidur kat surau hospital. Kalau boleh aku nak dia pun bermalam sekali dengan aku.

Sekian. Aik.. Cam tu je? Nanti citer lagi.. hehe..

*Ranggat = Kasar tutur kata/sifat especially untuk pompuan
*digerugak = Diselongkar

Tuesday, August 23, 2011

Pengalaman Melahirkan Anak Pertama

25 MEI 2011 - Tarikh aku dijangka bersalin anak yang pertama. Earlier than expected, lahirlah AUFA DZULFIQAR, 12 hari lebih awal (14 MEI 2011). As I wish, memang aku nak bersalin awal sebab dah tak larat nak bawak perut. Pergerakan pun terbatas. Lazy to work. In fact, I had applied for early maternity leave as a preparation for expecting our first baby.

12 MEI 2011 - Ambik cuti gantian. Sebab nak ke klinik JAWA. Masa tunggu turn tu ok je, tapi jauh dalam hati terdetik rasa macam tak lama lagi masanya akan tiba. Masa duduk jumpa doktor, ade la rasa macam air mengalir sikit kat bawah tu, tapi malas nak peduli sangat. Masa nak keluar dari bilik doktor pun rasa lagi. Tak lama pas tu Encik Suami sampai to fetch me, and we decided to have breakfast at McD. Dalam perjalanan ade la bagi tau suami pasal air tu, masa tu dah mula rasa berdebar sket. Sampai McD, pegi toilet nak check on my liner. Tengok-tengok dah basah. Sempat lagi minum Roasted Coffee McD yang sedap, makan burger, hashbrown. Rasa makin banyak lak air mengalir. Bagi tau suami lagi, pas tu dua-dua dah tak selera nak makan, suami pun dah susah hati and he said pegi hospital lah. So pergi la serah diri ke Labour Ward Hospital Umum Sarawak (HUS). 

Masa doktor check bukaan, belum ade lagi, tapi memang air ketuban dan kurang sikit. Kali kedua doktor buat VE, terus keluar darah and aku PANIK!!! Masa tu doktor dah xde kat situ, aku bangun jerit panggil misi. Misi bagi pad. Maternity Pad tak bertali yang menjengkelkan. The doctor told me that if they discharged me, then they were not be able to monitor me and my baby. Lagi pun baby dah boleh dilahirkan. Tapi, kena induce la. Masa tu belum rasa sakit. Hari tu gak aku check in di Maternity Ward. Masa suami balik ambik barang-barang keperluan, aku masih duduk kat tempat registration Labour Ward tunggu dia. Masa tu la air ketuban keluar menyimbah, laju and banyak. Sekali lagi aku panik and jerit. Haha. Aunty sebelah aku pun panik. Aunty kata "Kenapaaa?? Sakit ka? Mau saya panggil misi?" Angguk je la.. Masa tu jugak suami sampai. Berakhir la kisah pada 12 MEI 2011. Hari tu rileks lagi, bole jalan-jalan dalam ward. Masuk antibiotik, takut kena infection pada baby since air ketuban dan pecah plus, CTG (cek jantung baby) in every 4 hours. 

13 MEI 2011 - Awal pagi tu aku mandi siap-siap. Then doktor masukkan ubat induce kat dalam V. Doktor kata kalau tak jalan gak kena masukkan induce drip. Sepanjang hari tu asyik 3cm je bukaan. Merana asyik kena seluk. Sakit pun sakit biasa je, rasa macam senggugut ringan. Bila sampai tengah malam, rasa makin sakit, makin sakit sampai tak leh tahan. (Rasa macam senggugut x 10 = Senggugutgutgutgutgutgutgutgutgutgutgut) Rasa nak tumbuk almari, katil, dinding. Masa tu gak la makcik misi datang nak buat CTG. Aku dah tak larat nak sengetkan badan, dah tak larat nak tunggu sampai CTG setel. Tapi makcik misi kata, mesti gak buat CTG, daripada CTG la nak tau sakit sangat ke tak, baby ok ke tak. Terpaksa la menahan sakit sambil tunggu CTG setel. Pas tu aku bagi tau misi dah tak tahan sakit. Sekali lagi aku diseluk dengan ganasnya oleh seorang doktor muda yang suka mengangkangkan kakinya bila berdiri. Orangnya pun tak kurang ganasnya. Bila dia seluk rasa macam sepenumbuk masuk dalam V. Ngeriiii.. Semua VE adalah mengerikan bagi aku. Unfortunately, bukaan masih 3cm. Disebabkan dah sakit sangat, aku dibawa ke Labour Ward dan ditempatkan dalam Labour Room seorang diri. Sebelum tu dah SMS suami bagi tau.


To Be Continued...