Apakah pembedahan Caesarean?
Pembedahan Caesarean adalah pembedahan di mana pakar bedah akan membuat potongan pada perut dan rahim (uterus) agar bayi anda boleh dilahirkan. Pembedahan ini adalah biasa bagi wanita yang mengandung.
Apakah perbezaan diantara pembedahan Caesarean yang dirancang dan tidak dirancang?
Proses caesarean elektif dirancang atau dijadualkan berlangsung sebelum proses bersalin anda bermula. Proses caesar yang tidak dirancang berlaku sebelum proses bersalin bermula. Hal ini boleh berlaku jika:
- Anda sedang merancang pembedahan caesarean, tetapi jika sakit hendak bersalin mula terasa sebelum pembedahan. Pembedahan tersebut boleh dilangsungkan beberapa jam lebih awal daripada saat bermulanya sakit hendak bersalin anda, asalkan anda dan bayi anda berada dalam keadaan selamat.
- Berlakunya kesulitan ketika proses mengandung atau ketika sakit hendak bersalin. Pembedahan Caesarean perlu dilakukan dalam masa sejam selepas kejadian sebegitu terjadi.
- Anda atau bayi anda menghadapi komplikasi yang mengancam nyawa ketika proses mengandung, proses caesar perlu dilakukan segera, seelok-eloknya dalam tempoh masa 30 minit.
- Sakit hendak bersalin anda terhenti atau sangat lambat.
Apakah yang akan berlaku sebelum pembedahan Caesarean?
Doktor anda akan memberitahu prosedur tersebut. Doktor akan memberitahu anda:
- Apa yang akan berlaku ketika prosedur caesarean.
- Menerangkan kepada anda kenapa pembedahan ini perlu dilakukan.
- Menerangkan risiko yang mungkin akan berlaku pada anda serta bayi anda.
- Meminta kebenaran anda, dimana anda mempunyai hak untuk menolak prosedur tersebut.
Sebelum pembedahan, anda perlu memakai gaun hospital. Anda juga perlu menanggalkan semua barang kemas. Dan anda juga perlu menanggalkan gigi palsu atau pendakap gigi, jika ada.
- Satu tititsan (drip) akan dimasukkan ke dalam pembuluh darah di lengan anda. Ini akan memudahkan pemberian ubat-ubatan nanti jika anda memerlukannya.
- Anda akan diberi ubat bius. Biasanya bius diberikan pada tempat-tempat tertentu bila perlu, bagi prosedur ini, ia disalurkan melalui suntikan anesthesia epidura atau sekatan spina. Ini bermakna bahagian bawah badan anda akan terasa kebas. Ia lebih selamat untuk anda dan bayi anda daripda anestesi am, yang membuatkan anda tidur.
- Tiub nipis atau kateter akan dimasukkan ke dalam pundi kencing melalui urethra anda. Ini akan memastikan pundi kencing anda dikosongkan. Ia boleh dimasukkan selepas ubat tahan sakit dimasukkan, supaya anda tidak merasa sakitnya.
- Kawasan faraj anda, di mana pembedahan akan dilakukan, akan dicukur rapid an dibersihkan dengan antiseptik.
- Anda akan diberikan stokin putih, air yang banyak atau suntikan penipisan darah untuk mengurangkan risko terbentuknya darah beku di dalam saluran darah kaki anda (deep vein thrombosis).
- Peralatan untuk memantau tekanan darah anda akan diletakkan pada lengan anda.
- Elektrod akan diletakkan pada dada anda untuk mengawasi degupan jantung anda. Alat pengesan nadi juga akan diletakkan pada jari anda.
- Plat plastik yang berpelekat akan diletakkan pada kaki anda. Ia digunakan oleh pakar bedah anda untuk membumikan aliran elektrik yang dihasilkan oleh peralatan elektrik yang digunakan ketika pembedahan caesarean tersebut. Jangan risau kerana plat bumi itu tidak memberi kesan kepada anda.
- Suntikan antibiotik untuk menghalang jangkitan.
- Ubat mabuk bagi mengelakkan anda muntah.
- Ubat penahan sakit yang kuat semasa dan selepas pembedahan tersebut.
- Ubat penahan sakit untuk menghilangkan rasa lenguh.
- Pemberian oksigen melalui topeng gas, jika bayi anda dalam keadaan kritikal.
Apakah yang berlaku semasa pembedahan caesarean?
Sebuah skrin akan diletakkan di atas kawasan dada anda supaya anda tidak dapat melihat prosedur pembedahan tersebut. Anda boleh meminta skrin itu direndahkan untuk melihat proses kelahiran bayi anda. Pakar anestesia anda akan memeriksa ubat tahan sakit anda berfungsi dengan betul.
- Bayi anda dilahirkan pramatang, atau bayi anda baring melentang melalui uterus anda.
- Jika anda mempunyai masalah-masalah lain seperti plasenta rendah atau pun ketumbuhan seperti fibroid.
Apakah yang akan berlaku apabila bayi saya lahir?
Bayi anda akan diletakkan di atas dada anda untuk anda belai, atau ia mungkin juga perlu diperiksa oleh seorang bidan atau pakar pediatric jika perlu. Jika anda tidak mampu memegang bayi anda, suami anda juga boleh mendukungya. Bayi yang dilahirkan secara Caesarean selalunya memerlukan lebih banyak haba berbanding bayi yang dilahirkan secara normal. Jadi, jika anda mendapat anak kembar, anda dan suami anda berpeluang mendukung anak-anak anda pada masa yang sama.
Sumber: www.babycenter.com.my