Sunday, December 18, 2011

:: MAKANAN KEGEMARAN RASULULAH S.A.W ::

1. Barli – Bagus untuk demam jika dibuat sup.


2. Kurma – Nabi berkata rumah yang tidak mempunyai kurma adalah seperti rumah yang tidak ada makanan.


3. Buah Tin – Buah dari syurga. Boleh mengubati buasir.


4. Anggur – Nabi suka buah anggur. Ia membersihkan darah, menguatkan buah pinggang, membersihkan perut


5. Madu – Ia adalah makanan segala makanan, minuman segala minuman, ubat segala ubat. Mengubati cirit birit jika dibancuh dengan air panas, membuka selera, menguatkan perut, membuang kahak. Elok diminun waktu pagi dengan air suam.


6. Tembikai (Segala Jenis) – Nabi berkata wanita mengandung tidak akan gagal melahirkan anak yang baik dari segi karater dan wajahnya.

7. Susu – Nabi berkata susu baik untuk membuang panas badan seperti tangan membuang peluh dari dahi. Menguatkan belakang, memperbaiki otak memperbaharui pandangan mata, membuang kelupaan.

8. Cendawan – Baik untuk mata, perancang keluarga.

9. Minyak Zaitun – Rawatan kulit dan rambut. Melambatkan penuaan, merawat radang perut.

10. Delima – Membersihkan tubuh dari syaitan & bisikan syaitan selama 40 hari.

11. Cuka – Nabi selalu meminum dengan minyak zaitun (Trend yang popular di restoran Itali)

12. Air – Minuman terbaik. Jika dahaga hendaklah disedut perlahan-lahan. Jangan diteguk. Mudah mendapat sakit pada hati.
Buah Tin
Susu
Kurma

Barli      

Saturday, December 17, 2011

:: Daiso Charcoal Mask ::

 Semalam Daiso Charcoal Mask dah sampai. Tapi belum try lagi.. Dah jalan-jalan jengah blog orang, mostly are the good reviews. Harap-harap berkesan. Tak payah la buat mask putih telur+facial cotton lagi. Walaupun sangat-sangat berkesan, tapi nak menampal-nampal tu yang malas. 

Bagi sesiapa yang nak tengok rupa Charcoal Mask dan berminat nak try, macam ni la rupa dia..


Thursday, December 15, 2011

:: Happy Menses Day To Me ::

Hari ni saya saket. Sekda mood. Semua gara-gara Encik Period yang datang menjengah.



Ini cara aku untuk ease the pain.


Hot tea
Chocolate
Secret Recipe Choc Cheese Cake

Tidur
Last resort. Ponstan. Pain killer. 


:: Wittle Fafa is 7 Months-Old Yesterday ::

Aufa dah 7 bulan semalam (14/12/2011). And the most important thing is, Aufa dah semakin sihat. Susah hati bila Aufa demam, selsema, batuk. Aufa tak berak sehari pun risau. Tidur pun semakin lena dan selesa. Alhamdulillah. Mudah-mudahan Aufa sentiasa sihat dan happy.

Mamam

Tuesday, December 13, 2011

:: Hati Ibu dan Isteri ::

Hati ibu runsing dan cemas bila sesuatu terjadi pada anaknya
Hati ibu sentiasa gundah apabila melihat kesakitan anaknya
Hati ibu sangat terluka apabila anaknya disakiti
Hati ibu sentiasa inginkan yang terbaik untuk anaknya





Semua ibu mempunyai perasaan begini. Ibu lah yang mengandungkan anak dan menanggung kepayahan serta kesakitan semasa melahirkan anak. Ayah tahu, tapi Ayah tak faham. Orang lain pun tahu tapi orang lain pun tak faham. Kecuali mereka yang bergelar ibu. Ibulah yang paling memahami. Kalau Ayah marahkan anak, Ibu akan kecil hati. Ibu akan rasa hatinya turut terguris dengan sikap Ayah. Ibu akan melindungi anaknya daripada disakiti. Ibu akan menangis melihat anaknya disakiti di depan matanya. Tak siapa faham hati Ibu kecuali Allah & Ibu sendiri. Betapa melimpahnya kasih sayang Ibu terhadap anaknya sehingga tiada kata-kata yang mampu mengungkapkan perasaan itu. Ibu faham walaupun anaknya tidak berkata-kata. Ibu faham hanya dengan memandang. Ibu faham dengan gerak hati kurniaan Allah. 

Jika anda seorang anak yang baik dan penuh pengertian, anda akan tahu bagaimana perasaan kasih dan sayang terhadap Ibu anda. Anda takkan sanggup melukai hati Ibu. Anda akan berikan yang terbaik untuk Ibu. Anda akan lindungi Ibu walau dengan apa cara sekali pun. 

Jika anda seorang bapa, fahamilah kasih sayang antara isteri dan anak anda. Sama seperti kasih sayang anda dan ibu anda. 

Anak adalah hasil perkongsian kasih sayang antara suami dan isteri. Sama-samalah menjaga, membesarkan anak anda dengan penuh kasih sayang. Menjaga dan membesarkan anak bukan tanggungjawab isteri seorang. Walaupun isteri anda tidak kisah menjaga anak, percayalah, isteri anda sangat mengharapkan dan menghargai bantuan daripada anda. Hakikatnya, seorang isteri dan ibu tidak pernah berhenti melakukan kerja rumah. Ada-ada saja yang hendak dilunaskan. Lihatlah Ibu anda, lihatlah isteri anda. 

Ayah juga patut belajar menguruskan anak. Ibu mampu melakukan semua kerja apabila Ayah tiada di sisi. Bagaimana sekiranya Ibu terpaksa pergi berjauhan dengan anak, adakah Ayah mampu melakukan apa yang Ibu lakukan? Tahniah sekiranya anda boleh lakukannya, mampu dan jelas tentang tanggungjawab anda. Anda memang seorang Ayah yang baik. Anda tidak seharusnya malu sekiranya rakan-rakan mendapat tahu anda melakukan kerja rumah dan menguruskan keperluan anak anda. Malah anda seharusnya berbangga kerana andalah HERO di mata isteri dan anak anda. Mereka yang merendah-rendahkan atau mempersendakan anda adalah golongan yang PATUT dikasihani kerana mereka tidak mempunyai kebolehan seperti anda! 

Janganlah anda sering berasa lega meninggalkan isteri dan anak anda kerana percaya isteri boleh melakukannya. Memang isteri boleh melakukan apa sahaja selagi terdaya. Tetapi ingatlah, perasaan isteri sedikit sebanyak akan merasakan anda tidak mempedulikan dirinya dan anak. Isteri akan merasakan anda suka berjauhan dengannya dan anak. Lama kelamaan perasaan itu semakin menggunung dan akhirnya isteri anda berasa selesa menguruskan anak dan kerja rumah seorang diri tanpa anda. Apakah maknanya? Maknanya anda tidak diperlukan. Sudah tentu anda tak mahu perkara ini terjadi. 

Pekalah terhadap kesusahan dan kepenatan isteri. Jangan pandang enteng terhadap tanggungjawab anda bersama. Seremeh-remeh perkara dalam rumah tangga adalah sesuatu yang sangat penting. Jika dipandang ringan akan merebak seperti "SPREADING DISEASE" yang boleh mengundang MAUT!



Tuesday, December 6, 2011

Reflection Of The Day



Hubungan kita dengan Allah memberi kesan langsung terhadap hubungan isteri terhadap kita. Baikilah hubungan dengan Allah untuk memperbaiki hubungan kita dengan isteri. Jangan mengharapkan ketaatan seorang isteri, sekiranya kita sendiri gagal mentaati Allah sebagai hambaNya

Monday, December 5, 2011

:: Inilah yang dinamakan resipi ikut suka ::

Semalam aku masak BlackPepper Chicken. Orang kat umah komplen sebab terlalu berapi kecuali Hubby je tak komplen pasal die suke pedas. Sama macam aku. Orang pertama yang komplen adalah adik aku. "Apa nama ayam dimasak kitak ya Kak Deng, rasa angus mulut Aen" Hahahahahaha... 

Resipi ni aku cuba-cuba masak ikut idea sendiri. Resultnya tidak menghampakan dan bila dah selalu buat pasti akan perfect. Ala.. campak-campak je, jadi la.. Pendek katanya, bahan-bahan semua ikut suka nak letak banyak mana. Ni nak share resipi, tapi takde tangkap gambar yang dimasak semalam. Ni ade la gambar yang dimasak masa Raya yang lepas, tapi ayam tu digoreng dulu. Cer klik sini.

Blackpepper Chicken

Cili kering kisar - Ikut suka nak buh banyak mana
Bawang merah kisar - kira-kira 3 sudu makan
Black pepper sauce - Ikut suka berapa banyak nak buh
Kicap masin - Ikut suka (lagi.. haha) >> kalau tanak buh kicap pun xpe
Garam - Rasa-rasa sendiri 
Ayam - Ikut suka banyak mana
Kentang - Ikut suka gak
Bawang besar - Sebijik (saya potong bulat half untuk ditumis bersama bahan-bahan kisar. Half lagi pun potong bulat untuk tabur kat atas Blackpepper Chicken yang dah siap)
Air - Agak-agak boleh merenehkan semua ayam tuk pastikan semua ayam masak sempurna, & bahan-bahan bergaul sebati dengan ayam.
(Dalam kes air ni, saya tambah air 3x untuk renehkan ayam betul-betul. Bila dah pekat, tambah air lagi, dah pekat tambah lagi air)

CARA-CARA NAK MASAK

Tumiskan cili kering + bawang merah hingga garing + bawang besar half + air + kicap + blackpepper sauce -- tunggu sampai mendidih + kentang + ayam

(sambil-sambil tu tambah-tambah la garam ikut tahap masin yang anda suka)

First boil tu, agak-agak kuah dah pekat atau beransur kering, tambah lagi air, bila dah pekat untuk 2nd boil, tambah lagi air. 

Pastu bila dah pekat kira dah siap lahhh.. Boleh la tabur bawang besar di atasnya. Hehe.. Masa tu dijamin ayam masak sepenuhnya, kentang empuk dan ramuan-ramuan meresap ke setiap pelusuk ayam. Huhu.

Dalam masak memasak ni, walaupun aku tak terer, tapi aku percaya keikhlasan memasak & cooking/baking with love akan menjadikan makanan sedap! Insyallah. Ooopss.. satu lagi, tak perlu menunjuk-nunjuk kat orang yang kita boleh memasak.

:: Surprise Aufa Dzulfiqar ::

Aufa has surprised us by his new development each day. Semua orang happy bila Aufa happy. Especially mun nangga senyuman paling manis (yang hanya akan dapat dilihat semasa makan). Huhuhu.. Sangatttt geram!! Malam tadik ada gik new surprise, tah dari cne nya belaja molah aksi supan sambil menyepetkan mata dan tundok. Hahahaha.. Gambong na Fafa eh. Pasya bila kita pujinya sambil gosok belakang palaknya, nya akan sengeh-sengeh dan tegisin yang amat. Masa lain sekda nya camya.. Masa makan jak. (Apakah reti..)

Setakat tok, solids yang dah aku introduce ngan Aufa :- Cerelac, mashed potato (KFC), bubur nasik + pusuk, bubur nasik + carrot, bubur nasik + ayam, Mashed potato + carrot, Babybites. Semuanya mendapat respons positif jak dari Aufa. Pas nya mamam carrot ya lancar jak nya u'uk. Senang atiku. Duak kali dah u'uk masa makan. Aek kosong pun senang jak nya minum masa makan. 

Marek Abah embak Fafa jalan-jalan di Pustaka Negeri. Pas musin seround ya alunya tido dalam Baby Carrier. Pasya sambung tido dalam kereta. Kepak kali sebab menerimak banyak info baru, generate ke otaknya. Tapi kinektok mun tido malam mestinya ada macam merengek-rengek dalam tido. Munnya bukak mata retinya nak susu. Mun sik bukak mata, ditepok-tepok, pasya sambong tido gik.

Apa-apa pun, aku & hubby gembira dengan progress Aufa setiap hari. He has brightened our day and lightened our nights. Sayang anak Mama.


Sunday, December 4, 2011

:: I has a sad. Truly. ::

Memang aku salah. Berikan aku masa untuk berubah. Bimbinglah aku perlahan-lahan tanpa jemu. 



Wednesday, November 30, 2011

:: Caesarean - Melahirkan anak secara pembedahan ::

Inilah pengalaman yang telah aku lalui..


Apakah pembedahan Caesarean? 

Pembedahan Caesarean adalah pembedahan di mana pakar bedah akan membuat potongan pada perut dan rahim (uterus) agar bayi anda boleh dilahirkan. Pembedahan ini adalah biasa bagi wanita yang mengandung. 


Apakah perbezaan diantara pembedahan Caesarean yang dirancang dan tidak dirancang? 

Proses caesarean elektif dirancang atau dijadualkan berlangsung sebelum proses bersalin anda bermula. Proses caesar yang tidak dirancang berlaku sebelum proses bersalin bermula. Hal ini boleh berlaku jika: 
  • Anda sedang merancang pembedahan caesarean, tetapi jika sakit hendak bersalin mula terasa sebelum pembedahan. Pembedahan tersebut boleh dilangsungkan beberapa jam lebih awal daripada saat bermulanya sakit hendak bersalin anda, asalkan anda dan bayi anda berada dalam keadaan selamat.
  • Berlakunya kesulitan ketika proses mengandung atau ketika sakit hendak bersalin. Pembedahan Caesarean perlu dilakukan dalam masa sejam selepas kejadian sebegitu terjadi.
  • Anda atau bayi anda menghadapi komplikasi yang mengancam nyawa ketika proses mengandung, proses caesar perlu dilakukan segera, seelok-eloknya dalam tempoh masa 30 minit.
  • Sakit hendak bersalin anda terhenti atau sangat lambat.
Kebanyakan pembedahan Caesarean yang dirancang akan memberikan anda, suami anda dan kakitangan hospital masa persiapan yang cukup. Baca lebih lanjut mengenai sebab-sebab pembedahan caesarean diperlukan

Apakah yang akan berlaku sebelum pembedahan Caesarean? 

Doktor anda akan memberitahu prosedur tersebut. Doktor akan memberitahu anda:
  • Apa yang akan berlaku ketika prosedur caesarean.
  • Menerangkan kepada anda kenapa pembedahan ini perlu dilakukan.
  • Menerangkan risiko yang mungkin akan berlaku pada anda serta bayi anda.
  • Meminta kebenaran anda, dimana anda mempunyai hak untuk menolak prosedur tersebut.
Sebelum pembedahan, anda perlu memakai gaun hospital. Anda juga perlu menanggalkan semua barang kemas. Dan anda juga perlu menanggalkan gigi palsu atau pendakap gigi, jika ada. 

Anda juga perlu menanggalkan solekan dan juga pewarna kuku. Ini adalah untuk memudahkan kakitangan pembedahan memerhati tona kulit anda ketika pembedahan. Anda tidak dibenarkan menggunakan kanta sesentuh ketika pembedahan tersebut. Jika anda menggunakan kanta mata, berikan pada suami anda ataupun kakitangan, supaya anda boleh menggunakannya kemudian untuk melihat bayi anda. Dalam kebanyakan kes, suami anda akan berada bersama ketika pembedahan tersebut. Suami anda juga perlu menukarkan ke gaun surgikal. Pakaian surgikal ini termasuk topeng muka bagi menutup hidung dan mulutnya, penutup kepala dan penutup kasut khas. Ketika pembedahan tersebut, anda akan berbaring diatas meja pembedahan, yang telah dicondongkan atau disengetkan ke kiri. Ia dicondongkan agar bekalan darah ke paru-paru tidak dikurangkan disebabkan oleh keberatan rahim, yang boleh menyebabkan tekanan darah rendah. Ada beberapa perkara yang perlu dilakukan sebelum pembedahan caesarean anda: 
  • Satu tititsan (drip) akan dimasukkan ke dalam pembuluh darah di lengan anda. Ini akan memudahkan pemberian ubat-ubatan nanti jika anda memerlukannya.
  • Anda akan diberi ubat bius. Biasanya bius diberikan pada tempat-tempat tertentu bila perlu, bagi prosedur ini, ia disalurkan melalui suntikan anesthesia epidura atau sekatan spina. Ini bermakna bahagian bawah badan anda akan terasa kebas. Ia lebih selamat untuk anda dan bayi anda daripda anestesi am, yang membuatkan anda tidur.
  • Tiub nipis atau kateter akan dimasukkan ke dalam pundi kencing melalui urethra anda. Ini akan memastikan pundi kencing anda dikosongkan. Ia boleh dimasukkan selepas ubat tahan sakit dimasukkan, supaya anda tidak merasa sakitnya.
  • Kawasan faraj anda, di mana pembedahan akan dilakukan, akan dicukur rapid an dibersihkan dengan antiseptik.
  • Anda akan diberikan stokin putih, air yang banyak atau suntikan penipisan darah untuk mengurangkan risko terbentuknya darah beku di dalam saluran darah kaki anda (deep vein thrombosis).
  • Peralatan untuk memantau tekanan darah anda akan diletakkan pada lengan anda.
  • Elektrod akan diletakkan pada dada anda untuk mengawasi degupan jantung anda. Alat pengesan nadi juga akan diletakkan pada jari anda.
  • Plat plastik yang berpelekat akan diletakkan pada kaki anda. Ia digunakan oleh pakar bedah anda untuk membumikan aliran elektrik yang dihasilkan oleh peralatan elektrik yang digunakan ketika pembedahan caesarean tersebut. Jangan risau kerana plat bumi itu tidak memberi kesan kepada anda.
Anda mungkin diberi pilihan untuk:
  • Suntikan antibiotik untuk menghalang jangkitan.
  • Ubat mabuk bagi mengelakkan anda muntah.
  • Ubat penahan sakit yang kuat semasa dan selepas pembedahan tersebut.
  • Ubat penahan sakit untuk menghilangkan rasa lenguh.
  • Pemberian oksigen melalui topeng gas, jika bayi anda dalam keadaan kritikal.
Anda mungkin akan terkejut apabila mengetahui berapa ramai orang yang diperlukan untuk melakukan pembedahan caesarean ini. 

Apakah yang berlaku semasa pembedahan caesarean? 

Sebuah skrin akan diletakkan di atas kawasan dada anda supaya anda tidak dapat melihat prosedur pembedahan tersebut. Anda boleh meminta skrin itu direndahkan untuk melihat proses kelahiran bayi anda. Pakar anestesia anda akan memeriksa ubat tahan sakit anda berfungsi dengan betul. 

Apabila anda sudah sedia dan anestesia menunjukkan efek secara keseluruhan, doktor akan melakukan insisi melintang yang kecil pada kulit atas tulang pubik anda (dipanggil garis bikini), ia lebih kurang jarak dua jari daripada tulang pubis anda, di atas bulu ari-ari. Insisi seperti ini kurang menyakitkan selepas pembedahan dan kelihatan lebih menyenangkan daripada insisi yang mengunjur sepanjang perut anda. Beberapa lapisan tisu dan otot perlu dibuka untuk memberi laluan ke uterus anda. Otot-otot perut dipisahkan dan tidak dipotong. Pundi kencing anda akan diinjak ke bawah agar doctor boleh mencapai bahagian bawah uterus anda. Insisi ke atas uterus selalunya adalah kecil. Doktor akan menggunaka gunting atau jari untuk mengoyak insisi ini menjadi lebih besar. Prosedur ini mengurangkan pendarahan berbanding insisi yang lebih dalam. Pembukaan uterus anda selalunya terletak di bahagian bawah, kerana itulah kadangkala pembedahan ini juga dikenali sebagai “lower segment caesarean section” (LSCS). Jika terdapat banyak cecair di dalam uterus anda, anda mungkin boleh mendengar dan merasanya keluar daripada pembukaan tersebut. Pakar obstetrik anda akan mengangkat keluar bayi anda. Anda mungkin juga boleh merasa pembantunya menekan perut anda untuk membantu bayi anda lahir. Jika bayi anda dalam kedudukan songsang, doktor akan mengangkatnya daripada bawah ke atas. Semua ini berlaku dengan agak pantas. Anda mungkin boleh melihat bayi baru anda setelah 5 – 10 minit di dalam bilik pembedahan. Jika anda melahirkan anak kembar, kembar yang terletak lebih ke bawah akan dikeluarkan dahulu, sama seperti kelahiran secara biasa. Kadangkala forsepdigunakan untuk menarik keluar kepala bayi dengan lebih teliti. Forsep cuma diperlukan jika bayi anda lahir dalam keadaan songsang atau pramatangKadangkala pakar bedah anda perlu membuat insisi memanjang yang lebih besar di dalam uterus anda jika:
  • Bayi anda dilahirkan pramatang, atau bayi anda baring melentang melalui uterus anda.
  • Jika anda mempunyai masalah-masalah lain seperti plasenta rendah atau pun ketumbuhan seperti fibroid.


Apakah yang akan berlaku apabila bayi saya lahir? 

Bayi anda akan diletakkan di atas dada anda untuk anda belai, atau ia mungkin juga perlu diperiksa oleh seorang bidan atau pakar pediatric jika perlu. Jika anda tidak mampu memegang bayi anda, suami anda juga boleh mendukungya. Bayi yang dilahirkan secara Caesarean selalunya memerlukan lebih banyak haba berbanding bayi yang dilahirkan secara normal. Jadi, jika anda mendapat anak kembar, anda dan suami anda berpeluang mendukung anak-anak anda pada masa yang sama. 

Selepas satu hingga lima minit bayi anda dilahirkan, ia akan diberikan skor Apgar untuk menyukat tahap kesihatan bayi anda. Jika sebelum ini bayi anda pernah menunjukkan sebarang masalah, pakar pediatric akan memerikas bayi anda dengan teliti. Sesetengah bayi yang memerlukan oksigen lebih atau perlu diletakkan di unit rawatan rapi neonatal (NICU). Untuk mengecutkan uterus anda dan mengurangkan kadar kehilangan darah, anda akan diberi hormone oxytocin melalui titisan drip. Doktor akan menarik dengan tali pusat anda dengan perlahan-lahan untuk menarik keluar plasenta anda. Proses ini akan diperhati dengan teliti sebelum doktor menjahit perut anda. Anda akan berada di dalam bilik pembedahan sehingga lebih kurang sejam. Proses menutup pembukaan di perut anda mengambil masa yang jauh lebih lama, kerana ia lebih rumit daripada membuka perut anda. Proses ini mungkin mengambil masa yang lebih lama jika anda pernah melalui pembedahan caesarean sebelum ini. Ia bergantung kepada bilangan parut pembedahan yang anda perolehi daripada pembedahan-pembedahan sebelum ini. Bagi proses penutupan, doktor akan membuat jahitan berganda untuk memperbaiki uterus anda. Insisi di dalam perut anda akan ditutup secara berperingkat. Akhir sekali, kulit luar akan ditutup dengan jahitan atau kokot. Apabila anda sudah sedia, anda akan dipindah balik ke bilik wad anda di mana suami dan jika tiada masalah, bayi atau bayi-bayi anda sedang menunggu. Badan anda mungkin akan mula menggigil kerana semasa pembedahan, suhu badan anda akan jatuh. Ini adalah kerana ubat anestetik yang diberi mengurangkan kadar kawalan suhu badan anda dan biasanya bilik pembedahan adalah sejuk. Anda mungkin mendapati keadaan ini agak menggentarkan, tetapi ia tidak membahayakan dan biasanya berlarutan selama setengah jam sahaja. Jururawat atau bidan yang menjaga anda akan memastikan badan anda dipanaskan dengan selimut dan minuman. Jika anda ingin menyusu, anda dinasihatkan untuk melakukannya semasa anda masih di dalam bilik pemulihan. Bidan anda boleh membantu membuatkan anda rasa lebih selesa untuk menyusu dan akan menjaga anda sejurus selepas pembedahan selesai. 

Sumber: www.babycenter.com.my

Perkembangan Baby Aufa: 6 bulan

Menjelajahi dengan menggunakan tangan 

Apabila bayi anda berusia kira-kira enam bulan (kadangkala lebih lambat dari ini), kemahiran mengawal gerak tangan bagi bayi anda telah berkembang secukupnya untuk membolehkan dia menarik objek kepadanya. Apabila bayi anda sudah pandai meragut alat mainan, dia akan mula mengasahkan kemahiran memindahkan alat mainan dari satu tangan ke tangan yang lain secara berulang-ulang kali. Juga, bayi anda akan mendapati bahawa melepas dan menjatuhkan sesuatu objek sama seronok dengan mengutipnya kembali. Apabila bayi anda memahami konsep sebab dan akibat, dunia bayi anda menjadi lebih menarik baginya… dan dunia anda akan menjadi semakin semak dan tidak teratur. 


Fasih dengan tangan kiri (kidal) atau kanan? 

Masih terlalu awal untuk mengatakan sama ada bayi anda akan lebih gemar menggunakan tangan kanan atau kiri (kidal). Pada tahap ini, kebanyakan bayi kelihatan gemar menggunakan sebelah tangannya dahulu dan kemudian bertukar menggunakan tangan yang lagi satu. Kecenderungan menggunakan tangan kiri atau kanan sebenarnya tidak boleh ditentukan sehingga dia berumur dua atau tiga tahun. 


Belajar bergolek 

Pada usia ini, kebanyakan bayi telah belajar bergolek ke setiap arah, dan ini adalah satu pencapaian dalam perkembangnya yang mungkin menghiburkan anda dan juga bayi anda. Walaupun bayi anda amat seronok untuk bergolek, ianya boleh menyebabkan kebimbangan bagi diri anda. Letakkan tangan atas badan bayi anda semasa menukar lampinnya, dan jangan sekali-kali meninggalkan bayi anda berseorangan atas katil atau mana-mana tempat tinggi. Jika anda menggunakan meja untuk menyalin pakaian bayi selama ini, sekarang ini adalah lebih baik bagi anda menyalin pakaiannya di atas lantai saja. 


Bayi anda walaupun kecil suka bersosial 

Pada usia ini, bayi anda bukan hanya membenarkan perhatian daripada orang lain, malah, mereka juga akan selalu menggalakkannya. Walaupun tidak lama lagi anda mungkin menyedari bahawa bayi anda sudah mula menunjukkan sifat takutkan orang yang tidak dikenali, namun, bayi berusia enam bulan masih lagi bersikap tidak memilih: sesiapa sahaja yang mendekati bayi anda dengan muka mesra atau tersenyum akan menggembirakan bayi anda dan akan terus menjadi kawannya. Tetapi, janganlah bimbang – dia masih memerlukan dan mendambakan perhatian penuh daripada anda. 

Bayi anda juga akan menyedari bahawa semua kelakuannya, sama ada yang disukai anda, maupun yang tidak disukai, semuanya diperhatikan oleh anda, jadi bermula dari sekarang (dan bagi tahun-tahun yang akan datang) bayi anda akan melakukan apa sahaja untuk mendapatkan perhatian anda. Pada masa ini, segala yang dilakukan oleh bayi anda semuanya menimbulkan keseronokan bagi anda, tetapi semakin dia membesar, semakin nakallah perangainya semata-mata untuk mendapat reaksi daripada anda. Cuma, jangan lupa untuk memberi reaksi yang hebat apabila dia melakukan sesuatu yang sesuai dan digemari anda. Ada satu perkara yang menjadi semakin jelas: bayi anda akan mula mempelbagaikan taktiknya untuk mendapatkan perhatian, selain dari menangis. Jadi, janganlah hairan jika bayi anda berusaha seberapa boleh untuk mendapatkan perhatian anda, sama ada menggeliat-geliatkan badan, membuat pelbagai bunyi-bunyian atau yang lain. Dalam masa tiga bulan yang akan datang, bayi anda akan memperoleh cara yang tersendiri dan unik untuk memberitahu anda apa yang dia sedang fikirkan, mahukan dan perlukan. 

Main mainan jenis bergilir-gilir 

Bayi berusia enam bulan gemar bermain mainan bergilir-gilir, terutamanya yang melibatkan bunyi dan bahasa. Sekali-sekala, biarkan bayi anda mengambil giliran dahulu dalam mainan, dan tirulah sebutan yang dibuat olehnya. Bila tiba giliran anda memulakan mainan, cara terbaik untuk mengajar anak anda – dan membuat dia ketawa pada masa yang sama – adalah dengan membuat bunyi-bunyi haiwan ("kuek-kuek," "bow-wow" dan sebagainya). 


Bayi anda yang suka membebel 

Apabila bayi anda berusia enam bulan, dia akan melihat dan mendengar apa yang ada dalam persekitarannya hampir sama sebagaimana anda mengalaminya. Kebolehan komunikasinya juga berkembang dengan pantas, meliputi jeritan keriangan, bunyi-bunyi keseronokan, bunyi seperti opera mengubah oktaf dan mengagah. Pada usia ini, lebih kurang separuh daripada bayi akan mengagah, dengan mengulangi satu suku kata seperti "ba," "ma," "ga," atau mengulangi beberapa gabungan konsonan dan vokal. Ada juga bayi yang menambah satu atau dua suku kata yang lain, menjadikan bunyinya lebih kompleks. Anda boleh memberikan galakan kepada bayi anda dengan mengagah bersama-sama dengannya dan membuatkan ini satu permainan ("Biri-biri berbunyi, 'baaa,'" atau "Kambing berbunyi, 'maaa,'" dan sebagainya) atau memberi perhatian rapi kepada apa yang diperkatakan seakan-akan anda faham semua yang dikatakannya dan mendapati semuanya amat menarik. Bayi anda boleh juga mengenalpasti nada dan suara yang berbeza dan sekarang mungkin akan menangis apabila anda bercakap kasar dengannya. 

Satu cara yang pasti membuatkan bayi anda gembira adalah dengan mengisi gelas tiga suku penuh dan menggunakan straw untuk meniup-niup buih. Bukan saja bunyi tetapi gambaran itu juga akan membuatkan dia ketawa. 

Merangsang derianya 

Bayi anda menggunakan semua derianya untuk mengeksplorasi dan mempelajari tentang dunianya. Pastikan dia mempunyai banyak barang-barang yang selamat di sekitarnya untuk disentuh, dimain-main dengan mulut dan dimanipulasikan. Dia akan gembira memicit bola getah lembut, menepuk kepingan bulu tiruan, menggigit gegelang gigi yang dingin dan mendengar bunyi loceng dalam anak patung lembut berbentuk haiwan. 


Gembira semasa mendengar cerita 

Membaca kepada bayi anda kini akan merupakan aktiviti yang berjaya sebab dia akan terhibur melihat gambar-gambar yang terang sambil bergelung dalam pangkuan anda. Tidak kira berapa umur anak anda, sudah tentu membaca memberikan peluang untuk memeluk dan bersosial sesama yang bermanfaat kepada bayi dan ibu bapa. 


Adakah bayi saya berkembang secara normal? 

Harus diingati bahawa setiap bayi adalah unik dan akan mencapai peringkat-peringkat pencapaian sosialnya mengikut masa dan jadual mereka tersendiri. Apa yang disebutkan di atas merupakan garis panduan am mengenai potensi yang boleh dicapai oleh bayi anda -- jika bukan sekarang, mungkin tidak lama lagi. 

Dan sekiranya bayi anda dilahirkan pramatang, anda mungkin mendapati bahawa bayi anda memerlukan masa yang lebih lama untuk melakukan sesuatu yang telah dapat dilakukan oleh bayi sama usia dengannya. Jangan bimbang. Kebanyakan doktor menilai perkembangan bayi pramatang bukan berpandukan masa dia dilahirkan malah masa dia sepatutnya dilahirkan dan menilai tahap pencapaian kemahirannya sewajarnya bermula dari tarikh itu. 



Sekda indah post masa birthday eh.. Sik hal la, engkah gamba Birthday Cupcake jak la sempena birthday dirikpun pada 25 November 2011 yang lepas..


Tadaaaaaaaaaa...


Bananarama Birthday Cuppies



Monday, November 21, 2011

:: Beautiful dedications ::

:: For The Rest of My Life - Maher Zain ::


I praise Allah for sending me you my love
You found me home and sail with me
And I'm here with you
Now let me let you know
You've opened my heart
I was always thinking that love was wrong
But everything was changed when you came along

And there's a couple word I want to say
For the rest of my life
I'll be with you
I'll stay by your side honest and true
Till the end of my time
I'll be loving you. loving you
For the rest of my life
Through days and night
I'll thank Allah for open my eyes
Now and forever I I'll be there for you
I know that deep in my heart now that you're here
Infront of me I strongly feel love
And I have no doubt
And I'm singing loud that I'll love you eternally
For the rest of my life
I'll be with you
I'll stay by your side honest and true
Till the end of my time
I'll be loving you.loving you
For the rest of my life
Thru days and night
I'll thank Allah for open my eyes
Now and forever I I'll be there for you
I know that deep in my heart
I'll stay by your side honest and true
Till the end of my time
I'll be loving you. loving you
For the rest of my life
Through days and night
I'll thank Allah for open my eyes
Now and forever I I'll be there for you
I know that deep in my heart
I feel so blessed when I think of you
And I ask Allah to bless all we do
You're my wife and my friend and my strength
And I pray we're together to Jannah
Now I find myself so strong
Everything changed when you came along





Present for Aen's Belated Birthday

Yeahhh... Hadiah yang cair di mulut tidak di tangan. Melt in your mouth not in your hands kata romputeh. For my brother, Shahrein Suhaimi. Happy Viewing.

Yummyyyy..

G-Spot Wanita - Ade ke?

Isu/topik seks/pendidikan seks dianggap *taboo oleh orang kita di Malaysia ni. Especially di kalangan makcik-makcik, pakcik-pakcik, nenek-nenek yang elejik sangat bila sentuh je pasal isu berkaitan. Di Malaysia, bahan-bahan bacaan berkenaan isu-isu seks sangat-sangat dikawal dan disekat sekiranya mempunyai kandungan yang terlalu detail ditambah pula dengan gambar-gambar yang dimuatkan untuk menjelaskan lagi statement yang panjang berjelar.

Bukan apa, susah gak nak kata, kalau disekat sungguh-sungguh macam ni, orang yang nak belajar, nak tahu, orang yang suka baca apa je bahan termasuk bakal-bakal pengantin tak dapat la nak membaca bahan-bahan macam ni. Kalau tak disekat, tengok lah anak-anak muda zaman sekarang. Darjah 6 pun sanggup serah tubuh badan untuk so-called boyfriend (boipren la sangat) kononnya cinta hingga ke akhir hayat. I'll do anything for you, anything you ask me to.. Errrkkkk.. Sebagai masyarakat yang ada rasa tanggungjawab sosial, kita khuatir bahan-bahan bacaan seperti ini jatuh ke tangan yang salah dan dipraktikkan ke oleh orang yang salah dan tak sepatutnya.

Kali ni saya nak share pasal isu yang dianggap taboo ni untuk pasangan suami isteri. Macam mana pon, isi kandungan, gambar dan olahan ayat diambil daripada blog yang lain untuk kita kongsi pengetahuan bersama. Tak salah kita belajar untuk mendapatkan pengetahuan. Bohong la kalau tak ingin tahu atau tak mahu tahu. Jom Baca!

:: G-SPOT WANITA ::

Sebelum melakukan hubungan seks, sewajarnya setiap pasangan bermesra atau berasmara dalam tempoh tertentu supaya kedua-duanya sama-sama naik ghairah. Seperti lelaki, wanita juga mempunyai kawasan yang amat sensitif dengan rangsangan yang dikenali sebagai G-Spot.

G-Spot atau titik ghairah ialah satu kawasan misteri yang masih dicari-cari oleh lelaki sejak sekian lama. Wanita akan memberi reaksi yang tersendiri apabila bahagian ini disentuh. Maka tidak hairanlah kebanyakan lelaki berusaha menjejakinya.

Kawasan ini dinamakan G-Spot sempena nama Dr Grafenberg, iaitu orang yang menemui kawasan larangan ini. Menurutnya wanita mempunyai satu kawasan yang sangat sensitif. Apabila G-Spot seseorang itu dirangsang akan menyebabkan wanita berasa kenikmatan luar biasa sehingga mengeluarkan sejenis cecair.

Menurut kajian Dr Grafenberg, ramai wanita menikmati orgasme pada G-Spot. Mereka akan terangsang apabila kawasan ini disentuh oleh jari atau zakar sehingga mengeluarkan sejenis cecair. Tahap cecair yang dikeluarkan itu berbeza di antara wanita tetapi ia cukup untuk membasahkan tempat tidur. Tetapi sesetengah lelaki pula menganggap wanita ini terkencing. Padahal dia mengalami orgasme yang cukup nikmat.

Cecair Yang Dikeluarkan

Cecair yang dikeluarkan akibat rangsangan itu berasal dari uretha dan ianya bukanlah air kencing. Ia dihasilkan oleh benjolan ‘skene’ yang mengelilingi uretha yang berfungsi sepertimana prostat lelaki.

Apabila wanita terangsang atau sedang merasai kenikmatan, dia boleh menghasilkan sejenis cecair. Jumlah cecair yang dikeluarkan itu antara satu sudu teh hingga boleh membasahi tilam. Namun, rasa cecair ini bergantung kepada kedudukan hari dan bulan. Boleh jadi rasanya manis hingga pahit.

Lupakan Sains

Kata Grafenberg, lupakan seketika tentang kemajuan ilmu sains atau anatomi yang anda ketahui. Sebaliknya pelajari bagaimana anda dapat membantu wanita mencapai orgasme secara menelusuri titik ghairahnya dengan cara tersendiri.

Pun begitu, anda ditegah mencari G-Spot ini secara membabi buta. Sepertimana melakukan hubungan seks, begitu juga dengan ekspedisi ini. Anda perlu bermesra dengan mindanya terlebih dahulu. Berbuallah dengan mesra di saat berasmara.

Berbual Tentang Seks

Anda boleh bercerita perkara berkaitan seks. Ceritakan pengalaman atau khayalan anda tentang dirinya selama ini. Katakan apa yang anda inginkan darinya. Carilah daya penarik yang ada padanya sehingga dia benar-benar bahagia.

Kebanyakan pasangan masih berasa malu untuk berbincang mengenai hasrat, keinginan dan fikiran terhadap seks. Oleh kerana kedua-dua pihak tidak berterus terang maka mereka dibayangi dengan perasaan cemas dan takut. Ada yang takut tidak dapat memuaskan pasangan.

Padahal ia bukanlah sesuatu hal yang pelik kerana dengan membuang perasaan malu setiap masalah dapat diluahkan. Sikap berterus-terang secara tidak langsung akan menghilangkan perasaan takut bagi setiap pasangan.

Sebagai suami, bergurau sendalah dengan isteri. Suasana gurau senda ini dapat melepaskan tekanan dan rasa malu pasangan anda. Biarpun menggunakan kata-kata ‘nakal’ ia tetap melegakan pasangan. Sebagai gantinya hubungan seks anda menjadi lebih hangat.

Berbuallah kepada pasangan perkara-perkara romantik termasuk teknik hubungan seks yang belum pernah dilakukan. Ia sebenarnya merupakan perbualan yang penuh emosi. Dengan bercerita ia menjadi langkah awal (foreplay) untuk menghilangkan tekanan perasaan serta dalam masa yang sama dapat merangsang titik ghairahnya.

Foreplay berpengaruh dan berkesan untuk memperbaiki kehidupan seksual seseorang. Apabila bercerita mengenai teknik maka pasangan akan ‘terlibat’ dalam khayalan mengenai teknik-teknik baru yang belum pernah dilakukan. Melalui khayalan, secara tidak langsung akan terputus segala halangan atau rintangan yang menganggu kobaran api asmara selama ini.

Selesa

Sebelum berasmara, pastikan tempat atau bilik tidur dalam keadaan selesa. Kawasan yang bersih, harum dengan tata hias perabot yang menarik akan membuatkan pasangan berada dalam keadaan selesa dan nyaman. Minda juga akan menjadi tenang dengan suasana yang damai. Dan pastilah anda berdua telah bersedia untuk melakukan.

Persediaan

Biarkan dia berada dalam keadaan menghairahkan. Sentuh dan urutlah tubuhnya, mengusap lembut payudara atau anggota tubuh lain akan dapat membantu dia mencapai puncak syahwat.

Mana Lokasinya?

Sesetengah pakar seperti Dr Ruth Westheimer percaya G-Spot hanyalah titik khayalan wanita. Tetapi bagi mereka yang pernah secara kebetulan melihat reaksi wanita yang mencapai orgasme apabila disentuh pada bahagian G-Spot akan mengakui kebenaran kenyataan itu.

Menurut mereka pada peringkat ini, wanita benar-benar terangsang dan kenikmatan yang dicapai sukar diungkapkan dengan kata-kata. Pun begitu, Dr Grafenberg menjelaskan G-Spot dapat ditemui di bahagian dinding dalam vagina di antara mulut vagina hingga ke rahim.

Bagaimanapun, lokasi G-Spot setiap wanita berbeza-beza. Ada yang menikmatinya dan tidak kurang yang rasa terganggu apabila disentuh. Malah ada yang berasa seperti hendak kencing. Jadi berhati-hatilah.

Mulakan Pencarian

Sebelum anda memulakan ekspedisi pencarian, jagalah kebersihan diri. Pastikan seluruh tubuh anda bersih termasuk jari dan kuku dipotong rapi. Lakukan pencarian dengan sebaik mungkin. Ketika menjelajah janganlah bertanya kepada pasangan soalan seperti, “Ini ke? Bagaimana sekarang?”

Apabila anda berjaya menemuinya anda akan mengetahui secara automatik. Meskipun G-Spot ini membuat wanita terangsang tetapi janganlah terlalu mengharap untuk menjejakinya. Ia boleh menyebabkan rasa kecewa jika tidak ditemui.

Dan anda janganlah terlalu serius sebaiknya lakukan dengan perasaan gembira. Jangan melakukan pencarian sehingga pasangan berasa tertekan, buruk padahnya.

*Taboo: Pantang

Sumber: http://bilacurang.blogspot.com


Gambar daripada sumber yang menunjukkan kedudukan G-Spot