Maklumat ni aku dapat daripada buku Tips Penjagaan Bayi (0-12 bulan)
Memula kita nak kena tau punca, sama ada baby penat, haus, lapar atau hal-hal lain. Perhatikan kalau baby menolak keadaan tertentu yang dirasakannya tidak selesa. Biasanya baby terkejut bila dengar bunyi bising yang membuatkannya tidak selesa dan takut. Mungkin juga cahaya yang terlalu terang atau tekstur makanan tertentu yang baby tak suka.
Apa Yang BOLEH Ibu Bapa Buat??
- BERTENANG - Kalau kita tak tau punca, jangan cemas atau ikut menangis. (Aku pernah menangis bila tengok Aufa nangis lain macam. Mesti la panik, first time kan. Hati ibu mudah tersentuh) Masa ni la baby perlukan kesabaran ibu bapanya. Baby sensitif terhadap apa yang dirasakannya. Terus tersenyum sambil dukung, belai dan mendodoikan baby. Jika parents panik, mungkin tangisan baby akan menjadi-jadi.
- PEKA DAN SABAR - Kita HARUS memiliki kesabaran dan kepekaan bila menghadapi masalah anak meragam dan menangis. Setiap baby berbeza ragamnya. Cara mengatasinya juga berbeza-beza. Jangan berhenti menenangkan ragam dan tangisannya. JANGAN MARAH, JANGAN MEMBENTAK atau melakukan kekerasan seperti MEMUKUL ATAU MENCUBIT. Jika dilakukan juga, akan MENDATANGKAN TRAUMA DAN STRESS kepada baby. (Walaupun Baby tak pandai cakap, gejala STRESS & TRAUMA boleh dilihat pada pola tidur dan makannya yang akan terganggu. Baby juga mudah meragam dan menangis tanpa sebab.
- TIDAK PERLU BANTUAN - Percaya, yakinlah bahawa anda boleh lakukannya sendiri supaya suasana lebih tenang dan rileks.
No comments:
Post a Comment