Sunday, December 18, 2011

:: MAKANAN KEGEMARAN RASULULAH S.A.W ::

1. Barli – Bagus untuk demam jika dibuat sup.


2. Kurma – Nabi berkata rumah yang tidak mempunyai kurma adalah seperti rumah yang tidak ada makanan.


3. Buah Tin – Buah dari syurga. Boleh mengubati buasir.


4. Anggur – Nabi suka buah anggur. Ia membersihkan darah, menguatkan buah pinggang, membersihkan perut


5. Madu – Ia adalah makanan segala makanan, minuman segala minuman, ubat segala ubat. Mengubati cirit birit jika dibancuh dengan air panas, membuka selera, menguatkan perut, membuang kahak. Elok diminun waktu pagi dengan air suam.


6. Tembikai (Segala Jenis) – Nabi berkata wanita mengandung tidak akan gagal melahirkan anak yang baik dari segi karater dan wajahnya.

7. Susu – Nabi berkata susu baik untuk membuang panas badan seperti tangan membuang peluh dari dahi. Menguatkan belakang, memperbaiki otak memperbaharui pandangan mata, membuang kelupaan.

8. Cendawan – Baik untuk mata, perancang keluarga.

9. Minyak Zaitun – Rawatan kulit dan rambut. Melambatkan penuaan, merawat radang perut.

10. Delima – Membersihkan tubuh dari syaitan & bisikan syaitan selama 40 hari.

11. Cuka – Nabi selalu meminum dengan minyak zaitun (Trend yang popular di restoran Itali)

12. Air – Minuman terbaik. Jika dahaga hendaklah disedut perlahan-lahan. Jangan diteguk. Mudah mendapat sakit pada hati.
Buah Tin
Susu
Kurma

Barli      

Saturday, December 17, 2011

:: Daiso Charcoal Mask ::

 Semalam Daiso Charcoal Mask dah sampai. Tapi belum try lagi.. Dah jalan-jalan jengah blog orang, mostly are the good reviews. Harap-harap berkesan. Tak payah la buat mask putih telur+facial cotton lagi. Walaupun sangat-sangat berkesan, tapi nak menampal-nampal tu yang malas. 

Bagi sesiapa yang nak tengok rupa Charcoal Mask dan berminat nak try, macam ni la rupa dia..


Thursday, December 15, 2011

:: Happy Menses Day To Me ::

Hari ni saya saket. Sekda mood. Semua gara-gara Encik Period yang datang menjengah.



Ini cara aku untuk ease the pain.


Hot tea
Chocolate
Secret Recipe Choc Cheese Cake

Tidur
Last resort. Ponstan. Pain killer. 


:: Wittle Fafa is 7 Months-Old Yesterday ::

Aufa dah 7 bulan semalam (14/12/2011). And the most important thing is, Aufa dah semakin sihat. Susah hati bila Aufa demam, selsema, batuk. Aufa tak berak sehari pun risau. Tidur pun semakin lena dan selesa. Alhamdulillah. Mudah-mudahan Aufa sentiasa sihat dan happy.

Mamam

Tuesday, December 13, 2011

:: Hati Ibu dan Isteri ::

Hati ibu runsing dan cemas bila sesuatu terjadi pada anaknya
Hati ibu sentiasa gundah apabila melihat kesakitan anaknya
Hati ibu sangat terluka apabila anaknya disakiti
Hati ibu sentiasa inginkan yang terbaik untuk anaknya





Semua ibu mempunyai perasaan begini. Ibu lah yang mengandungkan anak dan menanggung kepayahan serta kesakitan semasa melahirkan anak. Ayah tahu, tapi Ayah tak faham. Orang lain pun tahu tapi orang lain pun tak faham. Kecuali mereka yang bergelar ibu. Ibulah yang paling memahami. Kalau Ayah marahkan anak, Ibu akan kecil hati. Ibu akan rasa hatinya turut terguris dengan sikap Ayah. Ibu akan melindungi anaknya daripada disakiti. Ibu akan menangis melihat anaknya disakiti di depan matanya. Tak siapa faham hati Ibu kecuali Allah & Ibu sendiri. Betapa melimpahnya kasih sayang Ibu terhadap anaknya sehingga tiada kata-kata yang mampu mengungkapkan perasaan itu. Ibu faham walaupun anaknya tidak berkata-kata. Ibu faham hanya dengan memandang. Ibu faham dengan gerak hati kurniaan Allah. 

Jika anda seorang anak yang baik dan penuh pengertian, anda akan tahu bagaimana perasaan kasih dan sayang terhadap Ibu anda. Anda takkan sanggup melukai hati Ibu. Anda akan berikan yang terbaik untuk Ibu. Anda akan lindungi Ibu walau dengan apa cara sekali pun. 

Jika anda seorang bapa, fahamilah kasih sayang antara isteri dan anak anda. Sama seperti kasih sayang anda dan ibu anda. 

Anak adalah hasil perkongsian kasih sayang antara suami dan isteri. Sama-samalah menjaga, membesarkan anak anda dengan penuh kasih sayang. Menjaga dan membesarkan anak bukan tanggungjawab isteri seorang. Walaupun isteri anda tidak kisah menjaga anak, percayalah, isteri anda sangat mengharapkan dan menghargai bantuan daripada anda. Hakikatnya, seorang isteri dan ibu tidak pernah berhenti melakukan kerja rumah. Ada-ada saja yang hendak dilunaskan. Lihatlah Ibu anda, lihatlah isteri anda. 

Ayah juga patut belajar menguruskan anak. Ibu mampu melakukan semua kerja apabila Ayah tiada di sisi. Bagaimana sekiranya Ibu terpaksa pergi berjauhan dengan anak, adakah Ayah mampu melakukan apa yang Ibu lakukan? Tahniah sekiranya anda boleh lakukannya, mampu dan jelas tentang tanggungjawab anda. Anda memang seorang Ayah yang baik. Anda tidak seharusnya malu sekiranya rakan-rakan mendapat tahu anda melakukan kerja rumah dan menguruskan keperluan anak anda. Malah anda seharusnya berbangga kerana andalah HERO di mata isteri dan anak anda. Mereka yang merendah-rendahkan atau mempersendakan anda adalah golongan yang PATUT dikasihani kerana mereka tidak mempunyai kebolehan seperti anda! 

Janganlah anda sering berasa lega meninggalkan isteri dan anak anda kerana percaya isteri boleh melakukannya. Memang isteri boleh melakukan apa sahaja selagi terdaya. Tetapi ingatlah, perasaan isteri sedikit sebanyak akan merasakan anda tidak mempedulikan dirinya dan anak. Isteri akan merasakan anda suka berjauhan dengannya dan anak. Lama kelamaan perasaan itu semakin menggunung dan akhirnya isteri anda berasa selesa menguruskan anak dan kerja rumah seorang diri tanpa anda. Apakah maknanya? Maknanya anda tidak diperlukan. Sudah tentu anda tak mahu perkara ini terjadi. 

Pekalah terhadap kesusahan dan kepenatan isteri. Jangan pandang enteng terhadap tanggungjawab anda bersama. Seremeh-remeh perkara dalam rumah tangga adalah sesuatu yang sangat penting. Jika dipandang ringan akan merebak seperti "SPREADING DISEASE" yang boleh mengundang MAUT!



Tuesday, December 6, 2011

Reflection Of The Day



Hubungan kita dengan Allah memberi kesan langsung terhadap hubungan isteri terhadap kita. Baikilah hubungan dengan Allah untuk memperbaiki hubungan kita dengan isteri. Jangan mengharapkan ketaatan seorang isteri, sekiranya kita sendiri gagal mentaati Allah sebagai hambaNya

Monday, December 5, 2011

:: Inilah yang dinamakan resipi ikut suka ::

Semalam aku masak BlackPepper Chicken. Orang kat umah komplen sebab terlalu berapi kecuali Hubby je tak komplen pasal die suke pedas. Sama macam aku. Orang pertama yang komplen adalah adik aku. "Apa nama ayam dimasak kitak ya Kak Deng, rasa angus mulut Aen" Hahahahahaha... 

Resipi ni aku cuba-cuba masak ikut idea sendiri. Resultnya tidak menghampakan dan bila dah selalu buat pasti akan perfect. Ala.. campak-campak je, jadi la.. Pendek katanya, bahan-bahan semua ikut suka nak letak banyak mana. Ni nak share resipi, tapi takde tangkap gambar yang dimasak semalam. Ni ade la gambar yang dimasak masa Raya yang lepas, tapi ayam tu digoreng dulu. Cer klik sini.

Blackpepper Chicken

Cili kering kisar - Ikut suka nak buh banyak mana
Bawang merah kisar - kira-kira 3 sudu makan
Black pepper sauce - Ikut suka berapa banyak nak buh
Kicap masin - Ikut suka (lagi.. haha) >> kalau tanak buh kicap pun xpe
Garam - Rasa-rasa sendiri 
Ayam - Ikut suka banyak mana
Kentang - Ikut suka gak
Bawang besar - Sebijik (saya potong bulat half untuk ditumis bersama bahan-bahan kisar. Half lagi pun potong bulat untuk tabur kat atas Blackpepper Chicken yang dah siap)
Air - Agak-agak boleh merenehkan semua ayam tuk pastikan semua ayam masak sempurna, & bahan-bahan bergaul sebati dengan ayam.
(Dalam kes air ni, saya tambah air 3x untuk renehkan ayam betul-betul. Bila dah pekat, tambah air lagi, dah pekat tambah lagi air)

CARA-CARA NAK MASAK

Tumiskan cili kering + bawang merah hingga garing + bawang besar half + air + kicap + blackpepper sauce -- tunggu sampai mendidih + kentang + ayam

(sambil-sambil tu tambah-tambah la garam ikut tahap masin yang anda suka)

First boil tu, agak-agak kuah dah pekat atau beransur kering, tambah lagi air, bila dah pekat untuk 2nd boil, tambah lagi air. 

Pastu bila dah pekat kira dah siap lahhh.. Boleh la tabur bawang besar di atasnya. Hehe.. Masa tu dijamin ayam masak sepenuhnya, kentang empuk dan ramuan-ramuan meresap ke setiap pelusuk ayam. Huhu.

Dalam masak memasak ni, walaupun aku tak terer, tapi aku percaya keikhlasan memasak & cooking/baking with love akan menjadikan makanan sedap! Insyallah. Ooopss.. satu lagi, tak perlu menunjuk-nunjuk kat orang yang kita boleh memasak.

:: Surprise Aufa Dzulfiqar ::

Aufa has surprised us by his new development each day. Semua orang happy bila Aufa happy. Especially mun nangga senyuman paling manis (yang hanya akan dapat dilihat semasa makan). Huhuhu.. Sangatttt geram!! Malam tadik ada gik new surprise, tah dari cne nya belaja molah aksi supan sambil menyepetkan mata dan tundok. Hahahaha.. Gambong na Fafa eh. Pasya bila kita pujinya sambil gosok belakang palaknya, nya akan sengeh-sengeh dan tegisin yang amat. Masa lain sekda nya camya.. Masa makan jak. (Apakah reti..)

Setakat tok, solids yang dah aku introduce ngan Aufa :- Cerelac, mashed potato (KFC), bubur nasik + pusuk, bubur nasik + carrot, bubur nasik + ayam, Mashed potato + carrot, Babybites. Semuanya mendapat respons positif jak dari Aufa. Pas nya mamam carrot ya lancar jak nya u'uk. Senang atiku. Duak kali dah u'uk masa makan. Aek kosong pun senang jak nya minum masa makan. 

Marek Abah embak Fafa jalan-jalan di Pustaka Negeri. Pas musin seround ya alunya tido dalam Baby Carrier. Pasya sambung tido dalam kereta. Kepak kali sebab menerimak banyak info baru, generate ke otaknya. Tapi kinektok mun tido malam mestinya ada macam merengek-rengek dalam tido. Munnya bukak mata retinya nak susu. Mun sik bukak mata, ditepok-tepok, pasya sambong tido gik.

Apa-apa pun, aku & hubby gembira dengan progress Aufa setiap hari. He has brightened our day and lightened our nights. Sayang anak Mama.


Sunday, December 4, 2011

:: I has a sad. Truly. ::

Memang aku salah. Berikan aku masa untuk berubah. Bimbinglah aku perlahan-lahan tanpa jemu.