Thursday, May 31, 2012

Sikit-sikit, lama-lama....

* Arap sekda orang berdiri belakang aku nangga aku naep *

Luahan hati. Dalam hati ada bilik, dalam bilik ada bilik dan bilik dan banyak lagi bilik. Susah kan. Jauh dan sukar untuk dizahirkan. Tapi ini lah hati aku. 

Masa berkawan dengan Eva dulu aku memang beruntung. Eva sentiasa memahami, tegas, sentiasa membimbing aku & Jane ke jalan yang betul. Bila dah berjauhan, semakin hari semakin aku menjauh dari landasan, sedikit demi sedikit dan yang tinggal cuma sedikit! Eva yang aku kenal, sangat takut meninggalkan solat. Nak nangis kalau tinggal solat. I really miss Eva. Aku sangat-sangat perlukan kawan baik seperti Eva. 

Sejak menjejakkan kaki ke UiTM, sedikit demi sedikit aku berubah dan tersasar. Tak takut tanggalkan tudung dan begitulah aku sehingga mendirikan rumahtangga. Bukan suami tak tegur. Aku yang degil. Kononnya nanti sampai masa aku akan bertudung jugak. The most common bagi yang tak bertudung, "Pakai tudung belum tentu baik. Aku tak pakai tudung tak semestinya jahat" lagi...? "belum sampai seru" lagi....? "Pakai tudung tapi mulut jahat" lagi...? "Pakai tudung tapi perangai lebih teruk dari yang tak bertudung"

Masa tu pendapat aku je betul.

Terdetik, terbuka kembali hatiku untuk kembali bertudung selepas melahirkan anak. Dan sememangnya mendapat sokongan 100% daripada hubby. Sejak itu hingga ke saat ini, aku mula membetulkan kembali apa yang telah aku rosakkan, walaupun tidak drastik, aku selesa dengan perubahan ini. Tetapi jika dipaksa secara keras, hati mula memberontak. Biarkan aku..... Aku tidak pernah berhenti mencari jalan yang betul, lurus.. 


Hakikatnya, kita yang tak menutup aurat memang mendatangkan masalah kepada orang lain. Bukan setakat masalah tetapi dosa. No more "ya antara aku dengan Tuhan". Actually it's not. Kita memberikan dosa percuma kepada diri sendiri dan mereka yang bukan muhrim. Yang sedihnya, suami kita pun turut sama menanggung dosa kita. Kira lah sendiri berapa banyak dosa percuma yang telah kita beri kepada suami kita. Boleh kira? 

Sekarang aku mula faham. Pendapat-pendapat cliche seperti yang aku mention tadi sememangnya berlawanan dengan hukum Allah. Menghina orang yang memelihara hukum Allah, samalah seperti menghina Allah. *TAKUT*

Bermula dengan pakai tudung, sedikit demi sedikit aku berjinak dengan semi inner untuk menutup lengan. Sekarang masih lagi dalam proses membiasakan diri. Hari demi hari semakin aku pelihara auratku, tak dinafikan aku mendapat ketenangan dan macam jarang plak berkonflik, bergaduh dengan Hubby. (Bukan takde konflik langsung) Tapi takla sekritikal dulu. Pastu cepat je dah berbaik. Hubby pun macam tak keras hati nak mengalah, mintak maaf. Aku pun sama. 

Lama kelamaan, sehingga detik ini, wujud satu lagi perasaan. Aku rasa bersalah mendedahkan kaki. Aku asyik nak sembunyikan kaki bila berjalan. Kebanyakan kita rasa kalau dah pakai tudung dah tutup aurat la kiranya. Tak terkecuali aku. Bukan tak tau kaki pun aurat. Memang sejak kecik lagi tau, semua pun aurat kecuali muka dan tapak tangan. Secara sinisnya, pemikiran jahil ini akan memandang wanita yang melabuhkan tudung dan berstoking sebagai Ustazah. Perbuatan ini pun sama seperti menidakkan hukum Allah. Astarfirullah. Astarfirullah.

Aku bermula dengan cara sendiri. Walau tak sempurna. Pakai stoking kulit. Hmmm tapi masih nampak jari. Sebelum tu aku ada SMS Noling, Ex-Pen. Pegawai Hal Ehwal Islam (PPHEI) ofis aku. Aku tanya macam mana nak mula. Dia kata dia segan dengan pertanyaan aku sebab dia pun kadang pakai kadang tak. Cuma ke ofis je pakai. Dan dia cadangkan aku bermula di pejabat. Istiqamah. Aku sedang berusaha ke arah ini. Moga Allah tabahkan hati aku, tak tergoda dengan bisikan syaitan yang memang selalu berbisik. Dan aku berdoa agar rakan-rakan lain turut sedar tentang perkara ini. Aku bukan seorang baik. Tetapi tak salah kalau aku berkata sesuatu yang baik.

Moga Allah terus melembutkan hati ini. Melindungi aku. 


Renungan Bersama

:: Poret ::

Nak ngerepak lok. 


Aku tersangatlah sengkol bila orang mengelilingi aku di table aku. Aku nak naep meses ngan kawan dalam FB pun cdak nunggu belakang aku.. Sama-sama gik ya baca meses ditaep aku. Siap stand tangan gik rah meja aku. Adohhhh.. Nok sorang ya paham la aku nya sik tauk segala-gala hal komputer, apatah gik FB, nok sorang gik? Sikkan sik paham juak nak? Aku meneruskan naep meses sebab URGENT! Hohhh... 

Mun aku nang bukak benda pakei tontonan bersama sikhal laaa.. 

Ok dah ya jak.

:: Ikan tilapia bakar ::

Nyemmssssss.. Nyammmsss... Hakhak... Sesiapa yang berkunjung ke Coffee O Corner (COC) Kuching boleh la try menu ni. RM8.50 aje... Ikan tilapia bakar. Ayam bakar pun sedap gak kat situ. 


Sambal cili tu takda la pedas sangat. Yang cili potong tu pedas sket. (Tetap taleh lawan Cabik Geronong) huhu.. Pastu ada limau sebijik untuk perah atas ikan atau nak perah kat sambal pun boleh. Jeruk timun sebelah limau tu agak kureng, sebab kekurangan warna yang cantik. Hehehe. Tambah cili ke carrot baru cantik.

Wednesday, May 30, 2012

:: Long Holiday Ahead ::

Misi berbuka puasa semalam dengan Pastries tercapai!

Perasaan berpuasa: 
Sangat letih, haus, mengantuk (semalam 2 kali aku tidur di ofis. Memula kat bilik tamu, pastu kat meja), malas bercakap, sentiasa tengok jam, sedikit pening. Mestilah. Dah nama posa. Hehe.

Kebaikan bila aku berpuasa:
Perut yang selesa di waktu malam dan esoknya, malas bercakap; jadi kuranglah dosa keluar daripada mulut, solat tepat pada waktu (sebab tak sibuk jalan-jalan, makan, gelak-gelak, lepak-lepak dengan kengkawan) & waktu berbuka rasa sangat-sangat gembira (bukan gembira yang biasa. Hanya orang berpuasa je paham)

So, puasa lah.. Sangat-sangat bagus. Tak rugi.

Sekarang aku tengah fikir, this weekend is going to be a long holiday in Sarawak. 1st & 2nd June (Gawai Dayak). On 2nd tu gak Hari Keputeraan YDPA. Pastu bertembung lak dengan Ahad 4hb. Automatically Monday the 4th will be declared as holiday.

Yang dapat aku fikirkan sekarang, nak buat brownies lah. Amik mood sket. Tengok gambar brownies and will-be-used recipe nih. Sila klik sini: INAHAR'S COOKING TIME!

Kat situ la resipi yang bakal diikut... Hehehehe..

Sementara ni tengok gambar brownies yang sedap untuk inspirasi..

Chewy Brownies

Thursday, May 24, 2012

:: Tiramisu Spongecake, Choc Moist Cake & Carnations ::

Hye. Lupak nak post gambar Tiramisu Spongecake aku eh.. Tiramisu Spongcake yang dibake konon-kononnya untuk Mother's Day. Pes time bah aku nyambut Mother's Day sebagai seorang ibu. Ceyy.. Hahah..

Yang nampak macam layer dalam tu adalah kesan air Nescafe yang dicurahkan ke atas setiap lapisan Spongecake 

Hiasan of coz la tak cantik dan kemas. Tapi puas hati dengan hasil usaha sendiri. Heheheh.. Cake ni kurang manis, since aku dah kurangkan gula. Cream cheese tu ada rasa masam-masam sikit, sikit jak la.. Tapi sangat sedap. (Aku guna Philadelphia Cream Cheese) dan whipped cream. Tapi kalau nak buat macam cream cheese Red Velvet tu pun bole gak. Lagi sedap rasanya.

Tapi Spongecake yang aku buat ni agak kering. Terlebih bake kot. 

Ni ada satu lagi Choc Moist Cake tipu. (Sebab guna tepung yang dah dipack kan tu, tak payah sukat-sukat) untuk Birthday Cake Aufa. Ni kali kedua aku buat. Tapi kali ni topping macam tak licin, tak cantik berbanding yang pertama. Hoh.

Choc Moist Cake, kerutuk-kerutuk jak..

For the first time dapat bunga pada Hari Ibu. Daripada adik ipar. Thanks Dek..



Wednesday, May 9, 2012

:: Chocolate Cake ::

Cake ni nampak sedap lahh.. Suka nak share... Hehe..


:: Red Velvet Cuppies ::

Red Velvet CC ni pun untuk harijadi Mak Mertua tapi silap tarikh daaa... Konon nak buat surprise. Tengok-tengok silap hari. Tapi xpe lah, asalkan dapat buat orang lain gembira, dah cukup menggembirakan aku gak.

Ditempah dengan orang sama buat Choc Moist Cake.. Dania's Heaven CuppyCake