Thursday, May 31, 2012

Sikit-sikit, lama-lama....

* Arap sekda orang berdiri belakang aku nangga aku naep *

Luahan hati. Dalam hati ada bilik, dalam bilik ada bilik dan bilik dan banyak lagi bilik. Susah kan. Jauh dan sukar untuk dizahirkan. Tapi ini lah hati aku. 

Masa berkawan dengan Eva dulu aku memang beruntung. Eva sentiasa memahami, tegas, sentiasa membimbing aku & Jane ke jalan yang betul. Bila dah berjauhan, semakin hari semakin aku menjauh dari landasan, sedikit demi sedikit dan yang tinggal cuma sedikit! Eva yang aku kenal, sangat takut meninggalkan solat. Nak nangis kalau tinggal solat. I really miss Eva. Aku sangat-sangat perlukan kawan baik seperti Eva. 

Sejak menjejakkan kaki ke UiTM, sedikit demi sedikit aku berubah dan tersasar. Tak takut tanggalkan tudung dan begitulah aku sehingga mendirikan rumahtangga. Bukan suami tak tegur. Aku yang degil. Kononnya nanti sampai masa aku akan bertudung jugak. The most common bagi yang tak bertudung, "Pakai tudung belum tentu baik. Aku tak pakai tudung tak semestinya jahat" lagi...? "belum sampai seru" lagi....? "Pakai tudung tapi mulut jahat" lagi...? "Pakai tudung tapi perangai lebih teruk dari yang tak bertudung"

Masa tu pendapat aku je betul.

Terdetik, terbuka kembali hatiku untuk kembali bertudung selepas melahirkan anak. Dan sememangnya mendapat sokongan 100% daripada hubby. Sejak itu hingga ke saat ini, aku mula membetulkan kembali apa yang telah aku rosakkan, walaupun tidak drastik, aku selesa dengan perubahan ini. Tetapi jika dipaksa secara keras, hati mula memberontak. Biarkan aku..... Aku tidak pernah berhenti mencari jalan yang betul, lurus.. 


Hakikatnya, kita yang tak menutup aurat memang mendatangkan masalah kepada orang lain. Bukan setakat masalah tetapi dosa. No more "ya antara aku dengan Tuhan". Actually it's not. Kita memberikan dosa percuma kepada diri sendiri dan mereka yang bukan muhrim. Yang sedihnya, suami kita pun turut sama menanggung dosa kita. Kira lah sendiri berapa banyak dosa percuma yang telah kita beri kepada suami kita. Boleh kira? 

Sekarang aku mula faham. Pendapat-pendapat cliche seperti yang aku mention tadi sememangnya berlawanan dengan hukum Allah. Menghina orang yang memelihara hukum Allah, samalah seperti menghina Allah. *TAKUT*

Bermula dengan pakai tudung, sedikit demi sedikit aku berjinak dengan semi inner untuk menutup lengan. Sekarang masih lagi dalam proses membiasakan diri. Hari demi hari semakin aku pelihara auratku, tak dinafikan aku mendapat ketenangan dan macam jarang plak berkonflik, bergaduh dengan Hubby. (Bukan takde konflik langsung) Tapi takla sekritikal dulu. Pastu cepat je dah berbaik. Hubby pun macam tak keras hati nak mengalah, mintak maaf. Aku pun sama. 

Lama kelamaan, sehingga detik ini, wujud satu lagi perasaan. Aku rasa bersalah mendedahkan kaki. Aku asyik nak sembunyikan kaki bila berjalan. Kebanyakan kita rasa kalau dah pakai tudung dah tutup aurat la kiranya. Tak terkecuali aku. Bukan tak tau kaki pun aurat. Memang sejak kecik lagi tau, semua pun aurat kecuali muka dan tapak tangan. Secara sinisnya, pemikiran jahil ini akan memandang wanita yang melabuhkan tudung dan berstoking sebagai Ustazah. Perbuatan ini pun sama seperti menidakkan hukum Allah. Astarfirullah. Astarfirullah.

Aku bermula dengan cara sendiri. Walau tak sempurna. Pakai stoking kulit. Hmmm tapi masih nampak jari. Sebelum tu aku ada SMS Noling, Ex-Pen. Pegawai Hal Ehwal Islam (PPHEI) ofis aku. Aku tanya macam mana nak mula. Dia kata dia segan dengan pertanyaan aku sebab dia pun kadang pakai kadang tak. Cuma ke ofis je pakai. Dan dia cadangkan aku bermula di pejabat. Istiqamah. Aku sedang berusaha ke arah ini. Moga Allah tabahkan hati aku, tak tergoda dengan bisikan syaitan yang memang selalu berbisik. Dan aku berdoa agar rakan-rakan lain turut sedar tentang perkara ini. Aku bukan seorang baik. Tetapi tak salah kalau aku berkata sesuatu yang baik.

Moga Allah terus melembutkan hati ini. Melindungi aku. 


Renungan Bersama

No comments:

Post a Comment