Monday, March 18, 2013

Red Velvet Cake

Salam & hye...
Nak buat simple entry je ni..
Red Velvet Cake for my 3rd Anniversary..
Lelehan dekat tepi tu agak menjengkelkan sebab takleh nak control dia meleleh...
Aishhhhhh...


Updated: 26/3/2013


Resipi Red Velvet Cake
Sumber: Oooppss lupe la blog tu.. Yang pasti Blog Intan yang dentist tu..

Bahan-bahan:
2 1/2 cup (250gm) tepung yang dah diayak
1/2 sudu teh garam
2 sudu besar (15gm) serbuk koko
1/2 cup (113) unsalted butter *
2 1/2 cup (300gm) gula - boleh kurangkan kepada 250gm
2 biji telur 
1 sudu teh esen vanilla
1 cup buttermilk (240ml) (Cara popular buat buttermilk - campurkan 1 sudu besar cuka ke dalam susu segar pada suhu bilik. Biarkan selama 10-15mins)
2 sudu besar pewarna merah
1 sudu teh cuka
1 sudu teh baking soda

Cara-cara buat Red Velvet Cake:
1) Panaskan oven pada suhu 175 darjah C
2) Ayak serbuk koko+tepung dalam 1 bekas & kacau sebati
3) Dalam bekas lain, mixkan butter sampai kembang & creamy, masukkan gula, pukul lagi hingga kembang & sebati, masukkan Esen Vanilla, pukul lagi, pastu masukkan telur sebijik-sebijik
4) Masukkan campuran tepung+koko secara berselang-seli dengan buttermilk hingga habis semuanya.
5) Campurkan 1 sudu teh cuka & 1 sudu teh baking soda dalam bekas lain. Bila disatukan akan jadi bubblessss... then cepat-cepat tuangkan ke dalam adunan kek tadi, gaul rata. Pastu tuang dalam loyang 8", bake dalam 25-30mins ikut oven masing-masing.
6) Sejukkan cake hingga betul-betul sejuk supaya senang nak belah nanti.
7) Terpulang lah nak belah 2, 3 atau 4. Sapukan cream cheese frosting pada setiap lapisan, dan sapu tipis frosting pada seluruh cake & masukkan dalam peti ais selama 2-3 jam.

Resipi untuk Cream Cheese Frosting
1) 250gm cream cheese
2) 30gm butter
3) 1 sudu besar esen vanilla
4) 1 susu besar susu segar
5) 100 gm gula aising
** Doublekan adunan CCF untuk buat frosting yang lebih tebal & banyak. (optional)

* Unsalted Butter lebih tahan lama & mudah untuk mengawal kuantiti garam yang digunakan dalam resepi. 

Selamat Mencuba!

No comments:

Post a Comment