Sunday, March 18, 2012

:: Jangan zalimi haiwan ::

Saat ini, ketika ini, nak share pasal binatang, haiwan.. tak kira la yang liar ataupun haiwan peliharaan. Aku sangat-sangat gelikan cicak. Tak tau la nak define, geli/takut/benci.. macam semua je.. Ular pun sama.. Tengok dalam TV pun aku tak hingin.

Yang paling aku sayang, mestila kucing. Pusak kata orang Serawak. Dari kecik, memang dibesarkan dalam keluarga yang sayangkan kucing. In fact, kucing adalah binatang kesayangan Rasulullah SAW. Di dalam Hadis dan Al-Quran juga ada dinyatakan, kita sebagai manusia hendaklah berusaha memberi perhatian kepada hal ehwal kebajikan haiwan. Perhatian yang dimaksudkan adalah untuk semua haiwan, bukan sekadar haiwan peliharaan kita sahaja. Babi dan anjing pun termasuk dalam tuntutan ni tau.

Walaupun mereka dikategorikan sebagai najis berat, mereka tetap makhluk Allah yang berhak menjalani hidup sendiri seperti haiwan-haiwan lain. Kalau kita terpaksa bunuh atau hendak menyembelih binatang sekalipun, Allah telah mewajibkan ihsan ke atas setiap sesuatu. Allah telah berfirman, kalau kita terpaksa bunuh binatang tu, perbaikilah cara membunuh. Kalau hendak menyembelih, perbaikilah cara penyembelihan.


Daripada Hadis Rasulullah SAW pula, baginda telah memberi amaran; Seorang wanita memasuki neraka disebabkan seekor kucing yang diikatnya. Dia tidak memberinya makan mahupun membebaskannya untuk makan serangga di tanah.

Sebagai umat Islam, bersama-samalah kita melengkapkan diri dengan pengetahuan ini dan peka dengan semua haiwan di mukabumi ini.






No comments:

Post a Comment