Hari kedua menses. Super heavy flow macam 1st menses lepas melahirkan anak dulu. Tapi alhamdulillah lepas masuk kotak kedua mengamalkan Beauty Umaira, senggugut tak menyerang dengan teruk. Sakit tu ada la tapi takla macam sebelum ni sampai wajib baring dan tido sebab takleh tahan sakit. So, cakap-cakap orang yang menyatakan senggugut akan hilang selepas melahirkan anak adalah TIDAK TEPAT!
Semalam bawak Aufa pergi klinik. Injection. 5 in 1. Macam biasa, setiap kali lepas Aufa injection, aku akan risau. Takut Encik Demam datang menjengah. Mudah-mudahan Allah perkenankan doa Mama untuk Aufa. Sekarang Aufa dah tidur. Sejak kebelakangan ni, Aufa sangat-sangat senang tidur malam dan hanya bangun menyusu 1-2 kali je. Kalau aku penat sangat, Aufa macam paham, sporting, dia tidur awal, jadi dapatlah aku pun tidur awal. Thanks Fafa. Kalau difikirkan, agaknya inilah hikmah susah payah yang dilalui masa dalam pantang dulu. Dia pun tak meragam.
No comments:
Post a Comment