Syukur Alhamdulillah, semalam collegue aku, Kak Ti selamat melahirkan anak secara pembedahan. Katanya baby tanak turun. Blom pasti lagi cerita sebenar, Insyallah hari ni pegi melawat. Dapat aku rasakan kesakitan selepas hilang kesan bius, susahnya nak bergerak, turun dari katil, pergerakan terbatas, sangat-sangat sakit!
Trauma selepas melahirkan anak tu biasalah. Ada ke yang tak trauma? Ada kot, sebab melalui proses bersalin yang senang. Lepas tu cam lupe je sakit bersalin, kalau boleh nak mengandung lagi. Pendapat peribadi aku, (berdasarkan pengalaman sendiri) kebaikan bersalin secara pembedahan, takde la sakit kat bawah sana, tak koyak, tak loose, lepas bersalin takde la ngeri nak buang air (tambah-tambah tandas kat umah tandas cangkung).
Selalunya bersalin secara pembedahan sangat-sangat dipandang negatif dan ditakuti. Orang kata beranak secara normal cepat sembuh. Kebanyakan wanita akan berharap mereka dapat melahirkan anak secara normal termasuk aku.
Namun tak semua dapat melahirkan anak secara normal. Terdapat beberapa condition yang memerlukan ibu dibedah. Yang aku tahu, baby songsang, melintang, terlalu besar, ibu darah tinggi atau pintu rahim tak bukak habis. Ni ade gambar rajah yang boleh jelaskan serba sedikit kedudukan baby yang memaksa ibu melalui pembedahan.
Memang la sakit bila dipasang tube di saluran kencing, sebab nanti tak boleh nak jalan-jalan pegi tandas, drip lagi, tambah-tambah lepas operate tak boleh minum sampai 6 jam. Baring dengan bantal pun takleh. Terbaring je la sampai dibukak tube kat saluran kencing & drip. Pastu bole la mula terkedek-kedek berjalan, pegi toilet, eksesais. Dah menjadi lumrah, bila kita tau perut kita ni dah dibelah, perasaan takut untuk berjalan tegak tu memang akan ada. Haha.. Konon-konon takut jahitan tu terbukak balik. Terbongkok-bongkok la berjalan macam nenek, tapi tak boleh diamalkan, kene belajar berjalan tegak, kalau dibiasakan camtu, nanti akan terus bongkok. Ni melibatkan urat saraf kita.
Memang lambat nak baik kalau bersalin secara pembedahan ni. Paling cepat pun 6 bulan untuk kita pulih. Dan 2 tahun untuk pulih sepenuhnya. Luka kat dalam sape yang tau kan? Berpantang macam biasa. Darah nifas pun keluar macam beranak normal. Ada yang ingat bersalin secara pembedahan ni takde keluar darah nifas. Ade la. In fact, aku benar-benar bersih hanya selepas 60-65 hari. Makan makanan rebus je, ikan-ikan tertentu, pagi asyik makan crackers ngan roti tiger je, pastu minum MILO kosong.
Nak mengandung lagi? Memang la nak, kalau boleh nak baby girl pulak. Tapi................. !@~#$%^&*_+ Toing toing! Perasaan ngeri masih menguasai diri. Betapa sukarnya melalui kesakitan, nak beranak pun susah. Hanya orang yang merasai dan mengalami pengalaman seperti aku je bole paham.
For now, perut ni masih sakit sikit-sikit kalau batuk kuat ke, gelak kuat atau terhentak kuat. Dulu rasa kebas, rasa tebal je perut ni, tak rasa bila disentuh. Sekarang boleh rasa dah. Kepada ibu-ibu yang dah tau dirinya akan dibedah, jangan la takut, sebab takde rasa ape pon, bius kan ade. Lepas habis kesan bius tu memang la sakit dan susah nak bergerak, cuma perlu hati-hati, pelan-pelan, jalan-jalan, tapi percayalah, anda mampu melaluinya....
C-SECT is not that bad.
No comments:
Post a Comment