Friday, June 22, 2012

Choc Chip Cookies

Tadaaa... kembali lagi dalam Rancangannn.. Eat and be happy... Jaek ada jak tajuk ya.. Baru nak menaip entry lunch and minum petang, Ibu Iman Irfan dah DingDong tanya ape ape aje recipes, asalkan bercoklat. Sila klik SINI untuk tengok cookies yang saya dah try. (Yang ni without tepung koko ye)

Atas permintaan Ibu Iman Irfan, Presentinggg.... resipi Choc Chip Cookies.. Resipi sendiri? Mestila bukan... Jom try...

Bahan-bahan
1 cawan butter
1 cawan gula halus
1 cawan brown sugar
2 biji telur (ekceli 2 biji telur ni sangat mencairkan tekstur. Saya buat ikut resipi. Sebenarnya ada perancangan nak try sebijik telur)
** Tak perlu risau tekstur yg agak lembik tu bole menghasilkan cookies yang rangup
2 teaspoon Vanilla Essense (VE)
2 cawan all purpose flour (Kalau nak cookies hitam kurangkan all purpose flour kepada 1 1/2 cawan dan tambahkan setengah cawan tepung koko.
**Berdasarkan pengalaman saya, kawan-kawan & family kata yang tak tambah koko lagi sedap
1 teaspoon baking soda
1 cawan oatmeal yang dikisar. (Saya guna cornflakes kisar. Lebih rangup dan sedap. Terpulang pada taste masing-masing)
1 1/2 cawan choc chips (kalau nak lebih sedap and harum guna yang imported punya)
1 cawan almond cincang (bole gak kalau nak tukar kacang lain atau nak mix kan)

Cara-cara nak buat:

Ooopss.. sebelum tu panaskan oven 175 darjah Celcius.

Ayak tepung + baking soda. Set aside.
Pukul mentega+gula halus+brown sugar sampai lembut, sebati.
Masukkan telur+VE, pukul lagi sampai sebati
Masukkan tepung+cornflake/oatmeal+choc chips+kacang, gaul sebati

Agak-agak dah puas hati, bole la mula scoopkan guna sudu di atas dulang. Pastu bole la dibakar ikut suhu tadi.

Bagi saya masa yang dicadangkan dalam satu-satu resipi untuk baking tak semestinya sama. Ikut oven kot. Dalam resipi yang saya dapat, dicadangkan 15 mins. Tapi saya bake 15mins masih tak masak lagi. Kena la jenguk-jenguk selalu, meninjau, agak-agak dah nicely browned bole la dikeluarkan.


**Kalau saya, saya akan pecahkan cookies yang dah masak untuk tengok dalam tu dah masak ke belum. Kalau masih belum masak, tambahkan masa daripada 15 mins yang dicadangkan tadi.


Credit kepada: Puan Doktor

No comments:

Post a Comment