Dalam usaha membaiki diri ke arah yang diredhai Allah, diakui banyak sangat dugaannya. Hari-hari, setiap masa syaitan tak jemu berbisik. Setiap kali selepas solat, aku meminta perlindungan daripada Allah, agar ditetapkan hatiku, agar istiqamahku terus kukuh.
Dipetik dari blog Dr Cinta;
"To start something new, I know agak sukar. Takpe, memang susah pada awalnya. Tapi kalau kita berusaha menjaga aurat kita, percayalah pada suatu hari nanti kita akan rasa kemanisannya"
Sebab tu hati mesti kuat lawan syaitan. Memang rasa panas, rimas, err.. leceh.. Renceh kata orang Serawak. Memang memang... aku pun rasa macam tu. Dan aku pun baru bermula. Pelan-pelan, sikit-sikit, mudah-mudahan akan terasa, nampak nikmatnya hari demi hari dan menguatkan lagi azam pakai stoking. Dr Cinta pun macam tu dulu.. hehe..
Kita dapat rasa orang keliling perhatikan kita. Biarlah orang nak kata apa, yang penting Allah "senyum" dengan kita. Mana lebih penting, cakap-cakap orang ke suruhan Allah? Jawab sendiri.
Nak ulang lagi, kita ni sejak kecik lagi dah belajar dalam subjek Agama kat skolah kan.. Aurat seorang wanita tu semua kecuali tapak tangan dan muka. Tapi masih ramai yang pakai tudung dan anggap dia dah tutup aurat. Aku takla bagus, jauh sekali sempurna. Sekarang ni pun masih banyak kekurangan. Usaha sikit-sikit dan merangkak. Jom sama-sama kita baiki diri!
No comments:
Post a Comment