Wednesday, August 24, 2011

Sambungan "Pengalaman Melahirkan Anak Pertama"

Sebelum tengah malam 13 MEI 2011, aku dipasang induce drip. (Tak tau la istilah scientific) Sikit demi sikit aku rasa makin sakit, makin sakit, SUPER SAKIT! Nak tahan dah memang tak boleh tahan, nak diam memang tak boleh nak diam. Sakitnya ALLAH saja yang tahu. Masa tu tak mampu nak baca, ingat apa-apa, cuma terdaya menyebut nama ALLAH. Beberapa kali aku ingatkan doktor untuk panggil suami di luar. Aku nak dia di sisi masa aku bertarung nyawa. Sepanjang masa aku menahan sakit, entah berapa kali kena VE. Mungkin dalam 9 kali aku terseksa. Bukaan asyik 9cm.. tak cecah 10cm pun. 

Masa cubaan untuk meneran, suami ada di sisi. Rasa nak teran tu ada, tapi setiap kali gesaan tu datang, diorang suruh tahan (sebab nak tunggu doktor sampai). Macam mana la nak tahan, bayangkan cam mana kalau kite nak berak tapi terpaksa tahan dan terpaksa carik tandas dulu. Tak ingat la berapa kali cubaan meneran, kepala baby dah nampak, tapi masih tak boleh keluar. Paling aku sakit hati, ada sorang misi tua ni yang asyik tinggikan suara dengan aku. Dia marahkan aku, katanya aku tak pandai teran. Memang la, first time. Aku ingat lagi kata-kata kejam makcik tua tu.. "Kalau dah tak pandai teran sudah, tinggalkan dia, biar dia teran sorang-sorang" Dahla sakit, kena pulak macam ni. Kesian aku. Last-last doktor sampai, masih gak tak boleh teran. Selain bukaan hanya 9cm, rupanya kepala baby pandang ke sisi. Time tu gak aku dengar doktor putuskan aku untuk ceaser. Aku dah hilang perasaan takut dan redha dengan c-sect yang terpaksa aku lalui. Biarlah, aku dah tak berdaya.

Sekali lagi si makcik tua *ranggat (terpaksa mengeluarkan istilah SARAWAK untuk meluahkan perasaan dengan jitu) tinggikan suara. Dia tanya pukul berapa last sekali aku makan semalam. Entah kenapa aku langsung tak boleh nak ingat dan bercakap. Lagi tinggi suara dia, geram sebab aku tak ingat dan tak mau cakap. Masa ni la suami aku BERKATA-KATA. Siap engkau makcik. Eh, tu aku yang cakap ek. "Jangan la kasar sangat, dia kan sakit. Makcik ni dari tadi lagi kasar-kasar" Cam tu la lebih kurang. Tapi aku nak gak translate dalam Bahasa Sarawak. "Iboh la kasar gilak, kitak ya dari tadik gik kasar. Nya sakit bah, first time gik, jangan la manas-manas, kasar" Pastu boleh pulak makcik tu bela diri dia.. "Aku tanya je, mana ada kasar" Makcik, makcik pernah tak rasa kulit muka makcik diparut dengan parut nyio pastu ditabur dengan garam? Hmmmm.. Dahla dia sorang je tekanan. Orang lain rileks je? Hah, macam ni la sikap penjawat awam yang bagi service dengan orang awam yang lain. Tak tau ke kita sama-sama penjawat awam? Cerita pasal makcik ranggat ni je dah buang masa aku. Dipendekkan cerita, makcik tu gak yang tolak aku ke Operation Theatre (OT). Dia pergi cerita pulak dengan staff di OT suami aku kata dia begitu begini. Aku yang tak berdaya hanya mendengar.

Staff di OT semuanya sangat-sangat baik dan mesra. Masa tu aku masih menahan sakit contraction. Bila dah dibius dua kali kat belakang, rasa sakit tu semua hilang... Wahhh heaven... Heaven engkau. Hahah. Honestly sepanjang operation aku dilayan dengan baik. Dari perut ke kaki memang tak rasa apa dah. Tapi boleh rasa la perut dengan organ-organ dalaman ni bergoyang-goyang *digerugak oleh doktor. Haha.. I just love the expression! Tak lama pas tu dengar suara baby menangis. Doktor letak baby kat dada, tak tau nak describe perasaan bila tengok wajah baby, rasa tak caya pun ada. Rasa kagum dengan diri sendiri sebab, memang betul laa aku dah melahirkan anak, memang betul la ada baby.. Aku cium-cium baby. Tapi tak nangis pon. Sahla baby boy. Aku rasa operation tu makan masa sejam. For 6 hours I was not allowed to eat and drink. No moving and no pillow. 

Bila kesan bius habis... ambek engkau, heaven la sangat.. Sakitnya bila bergerak. Segala-galanya sakit. Nak bangun sakit, nak turun dari katil lagi sakit. Sakit tu rasa macam menahan organ-organ dalaman daripada terjatuh. Nak ambik baby dari cot pun susah. Banyak lagi cabaran lepas tu. Aufa disahkan G6PD. Susu badan pulak tak klua. Kesian Aufa asyik nangis, bibir pun kering. Hati rasa macam dihempap gajah bila tengok Aufa nangis tak henti-henti. Yang lain-lain berkenaan susu badan tu tanak la citer. Tak semua orang paham. Aku ditahan di wad 2 hari selepas c-sect.

Dipendekkan lagi cerita, Aufa pun kena tahan kat peadiatric ward for 3 days sebab jaundis (kuning). Tinggal la aku dan Aufa kat situ dengan mama-mama and baby-baby yang lain. Sepanjang masa kat hospital, tak kira la di maternity ward atau peadiatric ward, perasaan tertekan, asyik menghitung hari dan masa tunggu waktu melawat. Bila tamat waktu melawat, rasa sedeh sangat-sangat. Masa tu teserlah pengorbanan suami yang menjadi penunggu setia hospital tak kira masa. Ulang alik bawak makanan dan lain-lain keperluan. Kadang-kadang dia masih berlegar-legar kat kawasan hospital walaupun masa melawat dah tamat, kadang-kadang tidur kat surau hospital. Kalau boleh aku nak dia pun bermalam sekali dengan aku.

Sekian. Aik.. Cam tu je? Nanti citer lagi.. hehe..

*Ranggat = Kasar tutur kata/sifat especially untuk pompuan
*digerugak = Diselongkar

No comments:

Post a Comment