Saturday, March 24, 2012

:: Jangan bersedih kerana cinta duniawi ::

Isu aku aritok, Geng Manok tumpas. Agik rasaaaa kitak orang.. Ncuri agik nun.. curi nunn.. curi gak gak.. Sidak tok gik biak, miak sekolah.. Sak kitak orang klak ditikam ke Boys Home, baruk takorg tauk ada serigala dapat nelan ngeramus takorang.. Terer gik dari kitak orang..

Untuk sesapa yang sik tauk, sidak tok pencuri. Pecah masok rumah orang, ncuri reta benda orang.. Kali tok sekpat eskep gik dah, dah kenak reman... Nyaamannnnnn... 

Oleh ku nak ncarik gambar manok tek, nemu blog orang Serawak juak tek.. Ngerepak is Caring. Apa tek nya ngepost hal manok kepsi. Hahahaha... Manok Kepsi Medan Hamidah Krop krop kata orang mpun..

Apa-apa pun, ada mesej nak diselit tok. Kepada anak-anak mudak semua, jangan lah kitak orang tuweja gilak. Tua bigik eh. Biasa la miak kinektok advanced bah. Been there, but never done that. Sebab, masa gik biak lok sik idup mewah, sik mandik duit, henpon pun sekda nong.. Henpon paling murah pun sekda.. Pegi sekolah makei van. Kira ok la, ada van Pakcik Mahari nganta pegi sekolah. Tapi bila van Pakcik Mahari rusak, haa, pegi la sekolah dirikpun, makei perauk, makei bas, makei van sapu. Sekda kereta mewah ngantar depan gate koh. Internet pun sekda di rumah, Facebook pun sekda masa ya.

Miak kinektok bergerek boleh tahan. Tiap ari tukar can. Sehari pasya, atau kurang 24 jam camya bertukar-tukar la status in a relationship to single.. ada juak yang married!! Hahahah.. Kesian kesian.. Kakya berkabong putus cinta ilang gerek ada juak, peras bah. 

Ini adalah pesanan ikhlas daripada saya;


Tuesday, March 20, 2012

:: Fadhilat Surah Al-Kauthar

Dengan nama Alah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. 
Sesungguhnya kami memberikan kepadamu nikmat yang banyak.
Maka dirikanlah solat kerana Tuhanmu dan berkorbanlah.
Sesungguhnya orang yang membenci Kami dialah yang terputus.

Surah ini paling pendek, hanya mengandungi 3 ayat  dan diturunkan di Makkah  dan bermaksud sungai di syurga. Kolam sungai ini diperbuat  daripada batu  permata yang indah dan cantik.

Rasanya lebih manis daripada madu, warnanya pula lebih putih daripada susu  dan lebih wangi daripada kasturi.

Surah ini disifatkan sebagai surah penghibur hati Nabi Muhammad s.a.w.kerana diturunkan ketika baginda bersedih atas kematian 2 orang yang  dikasihi iaitu anak lelakinya Ibrahim dan bapa saudaranya Abu Talib.


Fadhilat membaca surah Al-Kauthar
Barangsiapa membaca surah Al-Kauthar 100x saat hujan turun lalu memohon kepada Allah SWT apa yang dihajatkannya dari urusan duniawi dan ukhrawi maka Allah SWT akan mengendahkan permohonannya.

Sesiapa yang membaca 7x setiap hari pada mata air, maka ia akan menjadi besar sumbernya.

Barangsiapa yang membaca surah Al-Kauthar 1000x maka Allah hasilkan apa yang dituntutnya, lebih-lebih dalam mencari rezeki dan pangkat, dan dibukakan berbagai pintu kebaikan.

Barangsiapa yang membaca Al-Kauthar 1000x sesudah sembahyang Isyak sehingga membawa kepada tidurnya, maka insyaallah akan melihat Rasulullah SAW dalam mimpinya.

Kata sebahagian orang yang mengamalkannya:


Jika rajin membacanya, hati kita akan menjadi lembut dan khusyuk
ketika  menunaikan solat.

Jika orang teraniaya dan terpenjara membacanya sebanyak 71x, Allah
s.w.t. akan memberikan bantuan kepadanya kerana dia tidak bersalah
tetapi  dizalimi.


Jika sering sakit mata, seperti berair, gatal, bengkak, sapukan air
mawar yang sudah dibacakan surah ini sebanyak 10x pada mata.


Jika dibaca ayat ini sewaktu memasak akan dapat melazatkan makanan


Jika diamalkan selalu surah ini, kita tidak akan menjadi seorang yang materialistik.

Sunday, March 18, 2012

:: Jangan zalimi haiwan ::

Saat ini, ketika ini, nak share pasal binatang, haiwan.. tak kira la yang liar ataupun haiwan peliharaan. Aku sangat-sangat gelikan cicak. Tak tau la nak define, geli/takut/benci.. macam semua je.. Ular pun sama.. Tengok dalam TV pun aku tak hingin.

Yang paling aku sayang, mestila kucing. Pusak kata orang Serawak. Dari kecik, memang dibesarkan dalam keluarga yang sayangkan kucing. In fact, kucing adalah binatang kesayangan Rasulullah SAW. Di dalam Hadis dan Al-Quran juga ada dinyatakan, kita sebagai manusia hendaklah berusaha memberi perhatian kepada hal ehwal kebajikan haiwan. Perhatian yang dimaksudkan adalah untuk semua haiwan, bukan sekadar haiwan peliharaan kita sahaja. Babi dan anjing pun termasuk dalam tuntutan ni tau.

Walaupun mereka dikategorikan sebagai najis berat, mereka tetap makhluk Allah yang berhak menjalani hidup sendiri seperti haiwan-haiwan lain. Kalau kita terpaksa bunuh atau hendak menyembelih binatang sekalipun, Allah telah mewajibkan ihsan ke atas setiap sesuatu. Allah telah berfirman, kalau kita terpaksa bunuh binatang tu, perbaikilah cara membunuh. Kalau hendak menyembelih, perbaikilah cara penyembelihan.


Daripada Hadis Rasulullah SAW pula, baginda telah memberi amaran; Seorang wanita memasuki neraka disebabkan seekor kucing yang diikatnya. Dia tidak memberinya makan mahupun membebaskannya untuk makan serangga di tanah.

Sebagai umat Islam, bersama-samalah kita melengkapkan diri dengan pengetahuan ini dan peka dengan semua haiwan di mukabumi ini.






:: Sedang berusaha ke arah ini ::



Thursday, March 15, 2012

:: Sukatan ::

Nak share dengan sesapa yang suka baking / masak.

so helpful

Wednesday, March 14, 2012

:: Perkembangan Aufa - 10 bulan ::

Aufa dah 10 bulan hari ni. Perkembangan, merangkak dah ok, berpaut dengan kita pastu berdiri, duduk sendiri, pegang botol susu sendiri, harap lepas ni belajar berjalan pulak.

Selain tu, dia paham bila kita sebut kipas, dia pandang atas, kalau sebut hujan, dia pandang luar tingkap, kalau sebut jam dia pandang dinding. Cuma dia tak pandai pulak nak bye-bye.

Esok 15/3/2012 ada injection lagi. Mama doakan Aufa membesar dengan sihat dan jadi anak yang soleh. Mama sayang Aufa.

Layannn tido
Tido angkat bontot

Tuesday, March 13, 2012

:: Cara kira tasbih guna jari ::

Salam.. kali ni nak share cara kira tasbih guna jari. Selama ni ingatkan satu jari = 3 kiraan.. Hari ni jumpa plak gambar + info ni untuk dikongsikan bersama. Diharap dapat memberikan manfaat kepada semua.















:: Empat kunci kebahagiaan ::

Sharing is caring.


Hadith :

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Empat perkara yang membawa kebahagiaan iaitu wanita yang solehah, rumah yang luas, jiran yang baik dan kenderaan yang selesa.” 

Riwayat Ibnu Hibban

Huraian
i) Kehidupan yang selesa adalah suatu bentuk kehidupan yang dialu-alukan oleh Islam di mana kehidupan yang sempurna memerlukan empat elemen asas yang penting iaitu: 

a) Wanita yang solehah- iaitu isteri yang baik yang dapat menguruskan keluarga dan rumahtangga dengan sempurna.

b) Rumah yang luas yang boleh memberikan keselesaan untuk bermesra dengan keluarga dan anak-anak di samping dapat melapangkan fikiran dengan baik dan tenang.

c) Jiran yang baik kerana jiran merupakan orang yang paling rapat selepas sanak saudara dan keluarga. Jiran yang baik dapat menjamin keharmonian hidup bermasyarakat sehinggakan ikatan kejiranan itu boleh bertukar seakan-akan sebuah kelurga yang kasih-mengasihi dan saling mengambil berat di antara satu sama lain.

d) Kenderaan yang selesa kerana ia memberikan kemudahan dalam segala urusan.

ii) Antara tabiat buruk yang mengancam kebahagiaan hidup ialah berfoya-foya dengan kehidupan mewah, boros harta dan membazir ketika berbelanja. Tabiat ini sering disebut dalam al-Quran sebagai punca kehancuran beberapa umat yang terdahulu. 

iii) Kemewahan hidup berbeza antara satu zaman dengan zaman yang lain, mungkin mewah pada suatu ketika dahulu, tidak dianggap mewah pada hari ini, kerana perbezaan masa, suasana dan pendapatan menjadikan ukuran kemewahan turut berbeza.


Suka gambar ni.. 

:: Our Second Anniversary ::

Hari ni ulangtahun perkahwinan kedua kami. Alhamdulillah. Walaupun usia perkahwinan masih muda, kami sentiasa berusaha, berikhtiar hari demi hari untuk hidup bahagia dan memperbaiki hubungan kami. Walaupun ada pasang surutnya, biasalah, asam garam berumahtangga. 

Aku bersyukur dikurniakan suami yang memahami dan tidak mendahulukan ego untuk berubah menjadi lebih baik. Sentiasa bersedia untuk mendengar dan menerima. Mahu diajak berbincang. Kami berusaha untuk mengamalkan komunikasi dua hala dalam segala hal.

We don't have candle lite dinner or luxurious holiday.. Just a sweet and simple lunch at Pizza Hut. Tapau Secret Recipe's cake - Health Cake (Peach Cake) for Yayang and Choc Moist Cake for me, a cup of frozen strawberry yogurt with choc and roasted almond dressing last but not least, Mars bars. Hehe.. 



Saturday, March 10, 2012

:: Gotta watch movie ::

Seefood!



Percayalahhh.. Seefood adalah filem 3D yang dihasilkan oleh Malaysian!
Tengok trailer di TV macam gabungan watak-watak Finding Nemo & Chicken Run. 
Mesti tengok ni.. dah keluar semalam.. Tapi belum ada kesempatan nak tengok..
Nantilahh.. Hehe..

Tuesday, March 6, 2012

:: Tips untuk anak demam/flu/batuk ::

Blog walking. Jumpa tips ni. Betol la apa dia cakap. Kita, atau mak-mak kita, kalau anak/cucu demam, jangan bagi mandi, jangan basahkan kepala.. Tapi sekarang ni kalau kita pegi hospital, doktor akan bogelkan anak kita, tuam dengan air suam, dudok dalam bilik air-cond lagi..

First time Aufa demam, memang panik. Susah hati. Pergi klinik terus tengah-tengah malam tu. Cool fever memang tak jalan. Ni dah jumpa tips, nak gak share.. 


  • Jika anak demam...pastikan anak itu dimandikan 3 kali sehari supaya panasnya keluar. Memang betul pun masa ibu jadi cikgu Sains dulu ada topik kenapa air panas dalam cawan teh akan sejuk dalam beberapa minit? Ini kerana haba panas akan bergerak keluar mencari kawasan sejuk.... samalah dengan suhu badan yang panas tadi.
  • Bila selsema ...tetap mandikan 3 kali sehari...supaya bila selepas mandi, lendir itu akan mudah keluar. Namun sayangnya ramai ibu2 hari ini ingat jika selsema anak sejuk maka jangan mandikan. Apabila ini berlaku.... anak mudah berkahak sehingga sesak nafas. Ibu cuba praktikkan setiap kali Nasa ada selsema, alhamdulillah maksimum pun 3 hari.
  • Batuk....tetap mandikan 3 kali supaya panasnya keluar....dan bila tidur malam, sapukan minyak telon atau minyak burung unta dibelakang badan anak dalam jam antara 1-3 pagi, insyaALLAH kahaknya cepat beransur baik. Jika minyak terlalu panas, campurkan sedikit dengan minyak kelapa atau minyak zaitun sebelum di urut pada badan anak.
  • Waktu mandi yang sesuai untuk anak ialah jam 8 pagi, selepas zohor dan sebelum jam 7 malam. Jika terpaksa mandikan selepas jam 7 malam, mandikan dengan air suam dan sapukan minyak panas selepas mandi supaya chest tidak mudah sejuk dan diserang selsema.
  • Biasakan selepas mandi, sapukan minyak panas pada ubun2 anak, belakang telinga, tapak tanga, dada dan belakang dada serta betis dan tapak kaki. Ini membantu melancarkan peredaran darah anak juga secara tidak langsung.
Kalau orang dulu, demam, batuk dan selsema tak bagi mandi....jadi panas tu akan terperap dalam badan dan lama-kelamaan boleh menyumbang kepada keadaan yang lebih teruk. Zaman dah berubah, bidan pun belajar sains dan teknologi :) Even doktor turut pesan, jika anak demam ...pasangkan aircond di rumah jika ada supaya suhu sejuk dan rumah tidak berkuap .... 
Bagi ibu yang menyusukan anak dengan susuibu, menjadi satu kelebihan dengan kerap menyusukan anak semasa anak dalam fasa tidak sihat supaya anak menjadi lebih bertenaga dan antibodi yang dibekalkan mampu melawan penyakit dengan cepat. Maka buat ibu baru....jangan panik. Banyakkan membaca, pasti luas pengetahuan.

Fuh... Semoga apa yang dikongsi disini dapat diappy bersama2.. sharing is caring.. saya sendiri akui apa yang disharekan.. kalau demam dedar2 biasa2..takperlu ubatdemam.cuma si ibu kene rajin2 tuam si anak.....samalah jugak dgn kita..jgn biasakan diri mengambil panadol....mmg kene bersusah2 dahulu bersenang2 kemudian.... melainkan dah panas tahap kritikal.. ..

Credits to: Mama Faiz 


Monday, March 5, 2012

:: A very tragic cat day ::

Mama SMS aku bagitau kucing-kucing dah dihantar ke DBKU. Coweng, Chump, Kak Deng will never got the chance to see both of u anymore. Tapi, one of Chump's kid was left home. Sapa la nak beriknya susu kelak? Sedihnya.. sangat sangat sangat sangat sangat sangat sedihhhhh... Dah, sikpat tarit balit gik. Marek last nangga Coweng & Chump.. There is nothing I can do to revert. Aku berdoa moga Allah selamatkan daknya semua. Moga daknya dijaga bagus-bagus di sinun.

Sekarang ni aku nak mengubat hati aku dengan Maru. According to Wiki, Maru (まる, Japanese: circle or round; born May 24, 2007[1]) is a male Scottish Fold (straight variety)[2] cat in Japan who has become popular on YouTube. As of June 2011, videos with Maru have been viewed over 100 million times.[3] Videos featuring Maru have an average of 1,000,000 views each and he is mentioned often in print and televised media discussing Internet celebrities.[4]

His owner, who does not show her face on camera or speak in the videos, posts videos under the account name 'mugumogu'. The videos are edited to include title cards in English and Japanese setting up the events of the video, and usually show Maru playing in cardboard boxes.

Thanks to my old friend, Ima, who introduced me to Maru.

Here are some of Maru's pictures.

      

    

    

:: Cheese Finger ::

Resipi nanti update. Tak ingat la.. Tapi memang sangat-sangat simple.. Untuk penggemar cheese tegar, dan yang tak suka manis..




Azam buat masa terdekat: Ingin membuat RED VELVET CAKE. Hahahah.. Boleh ke? Insyallah.. Ni ada jumpa resipi. Nak share walaupun blom try lagi..


BAHAN-BAHANNYA:

Red Velvet Cake

2 1/2 cup ( 250gm ) tepung yang dah diayak (maksudnya ayak dulu baru timbang ok)
1/2 sudu teh garam
2 sudu besar (15gm) serbuk koko
1/2 cup (113gm) unsalted butter
2 1/2 cup (300gm) gula --- aku dah kurangkan jadi 250gm gula je.
2 biji telur
1 sudu teh esen vanilla
1 cup ( 240ml) buttermilk
2 sudu besar pewarna merah @ merah jambu ---- aku pakai merah jambu
1 sudu teh cuka @ white distilled vinegar
1 sudu teh baking soda

Cream cheese frosting: 

RESEPI 1 ( aku ikut resepi yang ini)
250gm cream cheese
30gm butter
1 sudu besar perahan lemon @ lime
1 sudu besar esen vanilla
1 sudu besar susu segar
100gm gula ising


RESEPI 2
227gm cream cheese (suhu bilik)
227gm mascarpone cheese ( suhu bilik)--- cheese ni sangat susah dicari, kalau ada pun harganya sangatlah mahal.. ni sangat femes dekat Itali. hehe. tapi ada je resepi nak buat mascarpone cheese. Nanti di lain kali aku share ok?
1 sudu teh esen vanilla
1 cup (115gm) gula ising (powdered)
1 1/2 cup (360ml) cold heavy whipping cream (double cream)

RESEPI 3
250gm cream cheese
1 cup (115gm) gula ising 
1 1/2 cup butter


CARA-CARANYA:

preheat oven: 175 c

1) ayak serbuk koko dan tepung dalam satu bekas dan kacau.

2) campurkan buttermilk dengan pewarna merah @ pink

3) dalam bekas lain, mix kan butter sampai kembang dan creamy, kemudian tambah gula dan pukul lagi sampai kembang dan sebati. Masukkan vanilla esen, mix. Masukkan telur satu persatu. Lepas satu biji telur, mix. Kemudian masukkan satu lagi telur dan mix lagi.

4) Kemudian masukkan tepung+koko yang sudah diayak secara berselang seli dengan buttermilk. masukkan tepung, mix.. then masukkan buttermilk mix sampai habis kesemuanya.

5) Bila dah sebati, campurkan 1 sudu teh baking soda dan 1 sudu teh cuka sampai ada bubbles. Then cepat-cepat masukkan dalam batter yang dah di mix tadi ok! kemudian terus masukkan dalam loyang @ springform loyang ye. Terus bake selama 25-30 minit.

6) bila kek dah siap bake, sejukkan dalam peti ais beberapa jam.. Supaya senang nak dibelah nanti, sebab lepas masak ni, kek agak fragile. Takot terkoyak ke pulakan. huhu.

7) Kemudian terpulanglah nak belah 2 @ 3 @ 4.. huhu. aku belah jadi 3 lapis je. Setiap lapis tu sapukan cream cheese frosting ye. Kemudian dah siap sejukkan lagi dalam peti ais sehari semalam boleh, beberapa jam pun boleh. Bolehlah makan!