Tuesday, March 26, 2013

•.★ Devil's Cadbury Chocolate Cake.. •.★

As salam...
Devil's Cadbury Chocolate Cake...
Kenapa Devil? Sebab coklatnya "kejam" kot..
Memang layan bila masuk ke mulut.
Hanya pencinta coklat yang memahami... Hehe..
Ni orang yang tempah.. Layan gambar dulu ye..
Nanti saya update resipi...






















































Nak resipi? Cekidout...  (≧◡≦)

Devil's Cadbury Chocolate Cake
Sumber: Evelyn Gemina (One of my favourite Cook Blogger) (✿◠‿◠)


Ganache:
454g dark chocolate, dicincang (kalau rasa-rasa malas nak timbang 454gm, genapkan kepada 450gm)
2 cawan fresh cream
56g butter (ni pun boleh genapkan kepada 50gm)



* Untuk ganache ni, saya sediakan sehari lebih awal sebelum nak buat keknya.. seperti yang empunya resipi rekomenkan... 

Cara-cara menyediakan Chocolate Ganache:

1) Cincangkan coklat masakan. Lagi kecik lagi senang nak cairkan. Letak dalam bekas tahan panas.
2) Panaskan fresh cream, agak-agak kalau dah mula mendidih, tutupkan api.
3) Curahkan ke dalam bekas berisi coklat cincang tadi. Biarkan selama 3 minit.
4) Gaulkan coklat + Fresh cream tadi dan bolehlah masukkan mentega. Kacau lagi sampai sebati & coklat tak berketul-ketul lagi.
5) Biarkan semalaman ataupun masukkan dalam peti sejuk selama 3 jam. 

Sekarang, jom tengok bahan-bahan untuk kek pula...

Kek:
170g butter 
227g superfine flour (boleh genapkan kepada 220gm)
2 cawan brown sugar 
2 sk esen vanila
3 biji telur gred A
3/4 cawan high quality cocoa powder
1 1 /4 sk baking soda
1 sk baking powder
1 1/2 cawan buttermilk (kalau takda buttermilk campurkan 1tbs cuka makan ke dalam fresh milk, biarkan selama 10-15mins) 
1/4 cawan mayonnaise (saya guna plain yogurt)
30 biji dairy milk cadbury chocolate

Cara-cara buat Kek. 

Persediaan: Panaskan oven 180°C, griskan loyang 8" dengan mentega, lapik dengan kertas minyak. (saya guna loyang 9")

1. Ayak bersama tepung, soda, baking powder & serbuk koko.
2. Pukul brown sugar, vanila & butter hingga ringan & lembut.
3. Masukkan telur satu persatu. Pukul sebati.
4. Kemudian, masukkan campuran tepung & buttermilk berselang seli, pukul sebati.
5. Masukkan mayonnaise/plain yogurt kedalam adunan tadi.
6. Kaup balikkan mayonnaise/plain yogurt hingga sebati.
7. Tuang adunan sama rata kedalam loyang yang disediakan. Bakar pada suhu 180°C selama 20 - 30 minit.
8. Apabila kek masak, rehatkan kek dalam loyang selama 10 minit baru sejukkan atas wire rack.

Cara2 menyusun kek:

1. Letakkan kek atas cake board (trimkan kek jika tidak rata). Kemudian letakkan cake ring (optional).
2. Sapukan 2/3 ganache atas kek, susunkan coklat cadbury atasnya. .
3. Kemudian ulang semula proses tadi hingga lapisan kek yang terakhir diletak di bahagian atas. 

4. Sapukan keseluruhan kek dengan lebihan ganache. Hiaskan ikut kreativiti.

Nota:
*Kalau nak Chocolate Ganache tu warna coklat muda, pukul semula chocolate ganache yang dikeluarkan daripada peti ais dengan mixer, akan bertukarlah warnanya menjadi coklat muda.

*Untuk memudahkan proses melepa kek dengan Coklat Ganache, sejukkan dulu Coklat Ganache tu.

*Chocolate Ganache yang disimpan dalam sejuk beku boleh tahan selama sebulan.

Selamat mencuba!

(◕‿◕✿)



1 comment: