Tuesday, March 5, 2013

Gegata, Embat-embat & Gegatak

As salam, hye kepada uolls yang membaca blog ni. Ade ke yg baca? Hehe.. Tuan punya blog pun malas, baru menjengah semula blog ari ni setelah sekian lama. Cerita di sebalik blog yang tidak aktif - Aktif FB, bz mengukis, membrownies untuk pelanggan-pelanggan yang mengoder. Kesihatan pun tak menentu. Aufa pun tak berapa sihat.


Hari ni nak story pasal GEGATA yang menyerang Aufa 2 kali Ahad lepas. Memula nak tunjuk rupa gegata...


Gegata: Gambar daripada Google
Macam ni la rupa Gegata yang menyerang Aufa. Dekat area ketiak, pinggang, pelipat-pelipat, tangan, naik bulu roma bila menengoknya... Kembang-kembang macam digigit nyamuk tapi berkelompok-kelompok di satu-satu tempat. Kesian, nangis je la yang dia tau bila rasa gatal yang amat sampai muntah-muntah menangis. 

Aku plak sensorang kat umah dengan Aufa. Inisiatif aku; Tanggalkan pakaiannya, mandikannya & sapu Calamine Lotion. Walaupun masih nampak tak selesa, aku terus sapu lotion dengan bersungguh-sungguh, continuously, sambil-sambil tu aku patah-patahkan Cookies untuk Aufa layan menyuap dirinya sendiri. Tak lama lepas tu tompok-tompok kembang mula surut dan perlahan-perlahan hilang. Lega. Aufa pun happy.

Tapi malam tu jadi balik. Aku ulang semula apa yang aku buat pada belah petangnya. Alhamdulillah beransur surut, tapi malam tu aku bagi Aufa ubat selsema sebab ubat selsema pun untuk tahan gatal. Malam tu jugakla hubby aku sibuk call Mak Mertua, Along nun di seberang sana, Mak plak call Nenek (Moyang Aufa) di Melaka. Kecoh 1Malaysia bila Aufa kena gegata. Haha.. Nenek di sini pun tak kurang kecohnya.. Macam-macam lah usaha yang dibuat malam tu. Keadaan terkawal. :-D

Ni serba sedikit info tentang gegata. Tak pasti apa punca yang jadi dengan Aufa.


Simptom-simptom

1) Kulit membengkak, merah, pelbagai saiz dan bentuk.
2) Gatal dan kadang-kadang sakit.
3) Dermatographism. Kulit akan membengkak jika digaru.
4) Biasanya bengkak akan surut dalam masa 24 jam, tetapi akan berlaku pada bahagian badan yang lain.

Punca-punca atau penyebab.

1) Makanan
2) Ubat
3) Sentuhan kepada allergen
4) Sengatan
5) Bisa binatang
6) Radiocontrast
7) Jangkitan
8) Sejuk
9) Tekanan pada bahagian badan
10) Cahaya matahari


Rawatan

1) Elakkan agen alahan tersebut. Jika anda alah pada sebarang makanan, jauhi makanan tersebut. Jika alah pada sejuk, getah, rantai daripada emas atau perak, elakkan daripada memakai barangan tersebut.
2) Antihistamine seperti piriton, cetirizine, loratadine ataupun steroid seperti prednisolone.

Sumber: Redzwang

No comments:

Post a Comment