Friday, March 8, 2013

Rainbow Cake


Rainbow Cake ni kawan lama yang order. Katanya tak pernah merasa Rainbow Cake, so nak try la.. Untuk tempahan kali ni saya guna resipi daripada blog Rahel. Hasilnya tak mengecewakan. Jom usha resipi..

Bahan:
250g mentega
220g tepung kek}
1 sudu teh serbuk penaik},diayak (A)
200g gula kastor
4 biji telur gred A
5 sudu makan air susu
1 sudu teh esen vanila
pewarna (terpulang la nak guna 6 atau 7 warna ikut suka)

Cara:
1.Griskan acuan bulat 6".Lapiskan dengan kertas serap minyak.
   Panaskan ketuhar pada suhu 170"C.
2.Pukul mentega dan gula kastor dengan kelajuan sederhana sehingga kembang
   dan putih.
3.Perlahankan kelajuan dan masukkan telur sebiji-sebiji sambil dipukul hingga
   sebati.
4.Masukkan bahan (A) sedikit-sedikit sambil dikacau diikuti air susu dan esen
   vanila.Gaul hingga rata.
5.Bahagi adunan kepada 7 bahagian.Warnakan.
6.Bakar adunan selapis demi selapis selama 20 minit pada suhu 170'C.
7.Setelah kek masak,biarkan sejuk baru hias dengan krim mentega.

Resipi Buttercream
Bahan:
150g mentega
350g krimwell
180g sirap gula/susu krimer manis
3 sudu makan gula aising

Cara:
1.Pukul mentega dan krimwell hingga kembang dan gebu selama 10 minit.
2.Masukkan sirap gula/susu krimer manis dan gula aising.
3.Pukul lagi hingga sebati.Siap untuk digunakan.


Update: 26/3/2013
Pernah cuba guna sirap gula untuk buttercream, macam tak best je, len kali guna susu krimer manis je la..






2 comments:

  1. WOW..NANG KACAK KEK YA LOK..KMK NK TEMPAH NGAN KTK JAK PAT X..HEHEHE

    ReplyDelete
  2. Salam Bui..
    Hehehe... nak tempah, boleh jak... TQ.. mekpun baruk2 belaja..

    ReplyDelete